CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7446|Reply: 60

"Saya Ada Kuota Khas, Tiada Kena-Mengena Dengan Atlet" - Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Perjelas Isu Bawa Tetamu Ke Olimpik Paris

[Copy link]
Post time 6-8-2024 01:55 PM | Show all posts |Read mode






Semalam kecoh di media sosial memperkatakan tentang Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) membawa anak dan isteri ke Olimpik Paris 2024 sedangkan pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei terpaksa menghadapi perlawanan di Sukan Olimpik tanpa ditemani jurulatih profesionalnya, Nova Armada.


Tidak berdiam diri, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria tampil menengaskan beliau mempunyai kuota khas bagi membawa tetamu sendiri untuk menonton acara dalam temasya Olimpik Paris 2024.


Memetik laporan Malaysiakini, Norza bagaimanapun menegaskan kuota itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kad akreditasi melibatkan atlet dan pasukan negara yang menyertai kejohanan berkenaan.


“Sebagai presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan MOM saya diberikan peruntukan untuk bawa tetamu sendiri. Saya ada kuota khas, tiada kena-mengena dengan atlet,” katanya.


Sebelum ini, tular hantaran di media sosial memaparkan individu yang didakwa isteri dan anak lelaki Norza mempunyai kad akreditasi dan sedang menonton acara Olimpik di Paris.


Menurut individu tersebut, wanita dan remaja lelaki yang dilihat duduk berhampiran dengan Norza merupakan keluarganya sendiri dan bukan keluarga Presien Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.








Dalam pada itu, individu yang membuat hantaran itu juga mempersoalkan Menteri Belia dan Sukan serta timbalannya bagaimana keluarga Norza boleh mendapatkan kad akreditasi.


Pada masa yang sama, individu itu juga berkata sekiranya benar ada kuota khas, mengapa tidak diberikan kepada jurulatih pemain badminton perseorangan wanita, Goh Jin Wei.


Terdahulu, Goh Jin Wei berkongsi di Instagram dia layak untuk ke Olimpik Paris 2024, bagaimanapun dia tidak akan ditemani jurulatihnya, Nova Armada kerana masalah kekurangan kad akreditasi.


Bukan Goh Jin Wei sahaja yang terkesan, malahan pemain badminton perseorangan lelaki Lee Zhi Jia juga tidak dapat membawa ahli fisioterapinya dan rakan sparring.


Menerusi tinjauan, Norza telah menyahaktifkan akaun Instagram miliknya selepas menerima pelbagai kecaman daripada warga maya atas tindakannya itu.




Sumber: Malaysiakini









Jerawat di Badan Runsingkan Anda?







WhatsApp: https://wa.me/+601119399888
Website: https://www.regionsclinic.com.my/bacne-treatment-malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/
Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@regionsclinic
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2024 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
B******t
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2024 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa laaa Malaysia bolehh wahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2024 03:21 PM | Show all posts
dia ni kebal betul, brp kali tukar kerajaan dah pun maintain jah kedudukan dia, mmg kabel baek betul ini org
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2024 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
damsel_fiji replied at 6-8-2024 03:21 PM
dia ni kebal betul, brp kali tukar kerajaan dah pun maintain jah kedudukan dia, mmg kabel baek betul ...

Taik lalat dia tu bawak tuah
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2024 04:40 PM | Show all posts
babi betui perangai menteri macam ni
pakej dengan family anat ni
orang lain nak p ko tak bagi
anak beranak ko dapat pulak p sampai parish tu
confirm la tengok kejap je pastu p soping je lebih tengok dahi bini ko yang berminyak tu pun dah tahu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2024 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
damsel_fiji: dia ni kebal betul, brp kali t ...
bukan tuu ja...berapa kali road to gold Olympic tak dapat gold pun tak stepdown lg..paling controversy yg kes LZJ kluaq BAM tu pun ramai fans LZJ mintak NORZA stepdown. Sbb sblm tuu BAM ada buat statement nk gam LZJ 2y kot dari masuk tournament
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2024 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kan lah wei. Kan bangnon jd PM skrg ni, mn ada kroni nepotism ka hapa. Ni semua fitnohhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2024 05:24 PM | Show all posts
sakit ati ngan golongan mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2024 05:29 PM | Show all posts
Kalau betul ada khas, bagi lah kat coach Goh Jin Wei tu 1. Cuba bermurah hati sikit. Priority adalah keperluan atlet. Nk pi Paris gi time bukan Olimpik lah bawak family semua.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2024 06:04 PM | Show all posts
Nyonyah Yeoh & Badam Badli Hilang telor dahhh...dulu kemain bergolek2 atas jalan konon untuk rakyat... dapat  jawatan terus senyap kecut punai...si nyonya sibuk arrange tender untuk laki sheols... hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2024 06:05 PM | Show all posts
cattiecute replied at 6-8-2024 08:40 AM
babi betui perangai menteri macam ni
pakej dengan family anat ni
orang lain nak p ko tak bagi

Gigih pulak aku pegi telek dahi bini dia yg berminyak tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2024 06:24 PM | Show all posts
Bila dah ada kuota tu kenapa tak bawa orang yang boleh beri manfaat kepada atlit? Bukan kau yang bertanding pun.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2024 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
jebatmaspunyer: Kalau betul ada khas, bagi lah ...

Yang ni aku setuju. Pergi atas urusan rasmi kan, siap bangga ber"quota" bagai. Bukan pergi 2-3 tahun pon sampai nak kena angkut anak beranak. Baik bagi peluang pada staff2 yg menjaga kebajikan & kesihatan atlet. Ataupon lagi baik bawak atlet pelapis untuk bagi inspiration.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2024 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 6-8-2024 06:04 PM
Nyonyah Yeoh & Badam Badli Hilang telor dahhh...dulu kemain bergolek2 atas jalan konon untuk rakyat. ...

mcm ada cite menarik..
tumpah la lebih sikit teh tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2024 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
tetamu kau itu sekarang tidak memberi manfaat pun bila mana orang yang lebih layak tak dapat pergi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2024 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Beliau dulu ada unsur rasuah dlm umngok kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2024 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasar pentingkan diri. Selagi orang macam gini masih ada kat atas2 tu jangan haraplah sukan nak maju.

Negara kecik pun dah dapat gold. Buat malu, tapi sayang orang macam ni tiada malu nya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2024 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
koata utk anak bini ada. utk jurulatih atlit xde. apa punya korup lahhh.. dala kebal nk mampus.. geramnyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2024 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Oooo ye ke.... Okok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.062818 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list