View: 4656|Reply: 10
|
Niat baik mahu lerai pergaduhan, sekali kena pijak beramai-ramai
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Niat baik ingin meleraikan pergaduhan sebaliknya pemain MG United, Muhammad Ikram Sakeri pula menjadi mangsa dalam pergaduhan dan di pukul serta di pijak beramai-ramai oleh pasukan serta penyokong lawan.
Menurutnya, dia hanya ingin meredakan keadaan selepas rakan sepasukan menjadi mangsa namun keadaan menjadi tidak terkawal menyebabkan dirinya menjadi sasaran tetapi tidak sempat melarikan diri sehingga mengalami kecederaan di beberapa anggota badan.
"Kejadian berpunca apabila penjaga gol pasukan saya disepak di bahagian tangan oleh pihak lawan. Secara tiba-tiba datang penyokong daripada luar masuk ke dalam padang melakukan provokasi.
"Saya cuba meleraikan pergaduhan sehingga saya terduduk di atas padang, beberapa penyokong yang tidak dikenali memukul dan menendang saya.
"Akibat daripada kejadian itu, saya mengalami kecederaan di bahagian belakang telinga sebelah kanan dan calar di bahagian leher sebelah kiri," kata Ikram mengikut laporan polis yang dilakukan di balai polis daerah Pasir Mas, Kelantan.
Sementara itu, kakak kepada mangsa, Nur Syazlin Sakeri berkata, ibu mereka amat sedih melihat perkara yang terjadi itu dan pada awalnya di minta untuk mengelak dari membabitkan pihak polis.
Namun begitu, mereka terpaksa mengambil keputusan demi menegakkan kebenaran dan berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencari siapa dalang sebalik kejadian itu.
"Adik saya baru berumur 16 tahun dan satu-satunya lelaki dalam keluarga, ibu saya terkesan dan sedih sangat melihat video ini. Kalau tidak puas hati, cukup selesaikan dalam padang.
"Ibu saya berbincang dengan pengurus dan penghulu. Tetapi pengurus menasihati ibu saya untuk tidak membuat laporan polis untuk menjaga hubungan baik antara pengurus pihak lawan dan pengurus pasukan adik saya. Tak adil buat adik saya yang kena pukul ramai-ramai sehingga dia trauma," katanya.
Terdahulu, kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu dalam aksi Liga Elit Dun Meranti antara pasukan MG United menentang C'Nerai MJT di Stadium Mini Pasir Mas, Kelantan.
Sumber – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Tipikal meleis guilt trip mangsa jgn repot polis sbb nnt nayo kokre.
Puih. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni negara indon ke India? |
|
|
|
|
|
|
|
Gini aje la tahap main bola kita.
Baik level budak sekolah membawak ke level dewasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
buat baik berpada2
jgn ambik kesah hal orang
buat hala sendiri
=== selamat === |
|
|
|
|
|
|
|
apa kimak la permainan bodoh ni
dah banyak kali kes gaduh
main bola tak kemana
sakai madai punya kaki bola sial ni |
|
|
|
|
|
|
|
apa kimak la permainan bodoh ni
dah banyak kali kes gaduh
main bola tak kemana
sakai madai punya kaki bola sial ni |
|
|
|
|
|
|
|
di mana semangat kesukanan... |
|
|
|
|
|
|
|
Ini kes naya???????? tak pasai2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|