CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9289|Reply: 1

Beli pulau, ‘percuma’ 15 hantu - “Hantu-hantu ini adalah tentera British. Ia berada di sini untuk melindungi kita"

[Copy link]
Post time 5-8-2024 11:13 PM | Show all posts |Read mode






LONDON – Sebuah pulau sarat dengan sejarah ketenteraan yang terletak di luar pantai Devon, England, diiklankan untuk dijual pada harga yang belum ditetapkan, lapor saluran berita Sky News kelmarin.


Dinamakan Pulau Drake, hartanah seluas 2.4 hektar itu lengkap dengan pantai persendirian, kubu pertahanan dan kelulusan untuk membina hotel mewah.


Pulau Drake pernah digunakan sebagai kubu pertahanan selama beratus-ratus tahun, malah  meriam-meriam dari abad ke-18 masih lagi berada dalam kedudukan sempurna.


“Ia mempunyai sejarah  lebih 2,000 tahun. Bangunan pertama yang direkodkan adalah pada tahun 1135,” kata pemilik semasa Pulau Drake dan ahli perniagaan tempatan, Morgan Phillips.


Tambah Phillips, mana-mana pemilik baharu mungkin tidak akan ‘bersendirian’ kerana terdapat 15 hantu tentera ‘mendiami’ pulau tersebut.


“Hantu-hantu ini adalah tentera British. Ia berada di sini untuk melindungi kita. Itulah yang ia lakukan semasa masih hidup dan ia masih melakukannya hingga ke hari ini,” ujarnya.


Harga jualan tidak ditetapkan, namun kos pengubahsuaian Pulau Drake dianggarkan sekitar £25 juta (RM141.9 juta).  – AGENSI




Sumber – KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2024 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana tahu ada 15 hantu

Mungkin pokcik Morgan Philips pun tak tahan kena kaco dek hantu tu yang nak jual.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.036959 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list