View: 13581|Reply: 30
|
[Dunia]
Bapa sibuk main PlayStation, anak dalam kereta mati kena strok haba
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 2-8-2024 11:21 AM
Bapa sibuk main PlayStation, anak maut akibat strok haba
www.hmetro.com.my
Ogos 2, 2024 @ 11:00am
Kanak-kanak comel itu maut selepas ditinggalkan bapa dalam kereta lebih tiga jam. FOTO Agensi
New York: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut akibat strok haba yang mencapai suhu hampir 42 darjah selsius selepas ditinggalkan dalam kereta, lapor New York Post.
Parker Scholtes ditemui mati dalam sebuah SUV Honda yang diletakkan di luar rumahnya di pinggir bandar Tucson di Marana, Arizona di mana bapanya, Christopher Scholtes meninggalkan anak itu untuk tidur selama lebih tiga jam pada 9 Julai, menurut polis.
Bapanya itu didakwa berada di dalam rumah untuk bermain permainan video PlayStation.
Menurut laporan bedah siasat yang dikeluarkan kepada Republik Arizona pada Rabu, kanak-kanak berkenaan disahkan meninggalkan dunia pada suhu dalam kenderaan itu meningkat kepada 42 selsius.
Punca kematian kanak-kanak itu secara rasmi didapati akibat pendedahan kepada haba persekitaran.
Scholtes pada mulanya mendakwa dia meninggalkan anak perempuannya di dalam kereta dengan membuka penghawa dingin selama 30 minit selepas pulang dari membeli-belah kerana tidak mahu membangunkannya.
Namun, rekod mahkamah menunjukkan dia bermain permainan video selama lebih tiga jam, sehingga isterinya, Erika Scholter yang juga seorang doktor pulang ke rumah pada jam 4 petang.
Isterinya kemudian mendapati anak perempuan mereka yang berada dalam kereta sudah tidak bernyawa.
Dua lagi anak perempuan Scholtes memberitahu polis bahawa ayah mereka kadang-kadang meninggalkan mereka bersendirian di dalam kereta sementara dia bermain permainan video.
Ketika anak mereka dikejarkan ke hospital, Erika Scholtes yang juga seorang pakar bius berkata, dia sudah menasihati suaminya supaya berhenti meninggalkan anak mereka dalam kereta.
"Saya memberitahu dia untuk berhenti meninggalkan mereka (anak-anak) di dalam kereta, berapa kali saya memberitahu dia," katanya yang menghantar mesej kepada suaminya.
Mahkamah menetapkan Khamis depan untuk perbicaraan dan Scholtes dikenakan bon jaminan AS$25,000 (kira-kira RM114,000).- AGENSI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Suami nye tak kerja ke?
Ini bukan cuai dah ni.. dgn sengaja tinggalkan anak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak layak jadi bapak. Semoga mereput kat dalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
patut kau kawen je dgn playstation kau tu wei
pentingkan benda bodoh tu dr anak sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 2-8-2024 01:04 PM
Suami nye tak kerja ke?
Ini bukan cuai dah ni.. dgn sengaja tinggalkan anak tu.
Adakah bewak kokosen?
|
|
|
|
|
|
|
|
Acik2 porom kan dok pujapuji lelaki matsaleh sbg lelaki yg paling bertanggunjawab..
Berita ni tipu ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah jatuh wajib bini & anak2 tinggalkan jantan tak guna ni |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba ko masukkan kepala si setan ni dlm oven. Sebelum tu pre-heat oven tu.
Hanjing besorkan PS drpd anak. Ko main game lucah2 ke, hanjing, smp tknk anak2 ko tau?
Selayaknya lah mereput dlm jail |
|
|
|
|
|
|
|
pakar bius pun kawen jantan biawak ek |
|
|
|
|
|
|
|
dasar biawak pemalas,nak angkat anak masuk ke dalam rumah pon malas. main game je rajin |
|
|
|
|
|
|
|
US ramai pprt B40 bebal sebegini. Dah kerap jadik pengabaian camni.
Ai syak bapak tu sengaja kurung anak dalam kereta untuk dibunuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian ko anak dapat bapak mcmni.. siksa dia kepanasan dalam kereta tu [em:9:] |
|
|
|
|
|
|
|
kalau bininya still memaafkan dan still together lagi tak tahu nak cakap apa
bodo bingai sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Ramainya jantan xguna , baik kokosen, melayu sama jerrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Lahaii.. Comel budaknye..
Nah posing 1 family.
Jantan ni ank 4org yachh..
Yg sulung ngn mak lain pn habaq pak dia ada habit tinggal ank² dlm keta.
Mampus la kne serai ngn bini duktur pas ni.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sian nya la baby dapat bapak biawak siap pakej bodoh sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Some people don’t deserve to be a parent ????????????♀️ |
|
|
|
|
|
|
|
Eeeee…..geramnya baca news ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|