|
KUALA LUMPUR: Kuwait Finance House (KFH) mengambil keputusan untuk berundur secara sukarela dari pasaran Malaysia selepas 19 tahun.
Keputusan ini dibuat berdasarkan penilaian semula strategi perniagaan antarabangsa kumpulannya.
Dalam satu kenyataan, KFH akan memastikan proses peralihan berjalan lancar dan tidak menganggu perkhidmatan kepada pelanggan, pekerja, dan rakan kerjasama.
KFH malaysia sedang pertimbang menjual sebahagian segmen portfolio tertentu kepada pembeli yang berminat, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.
Katanya, fokus kumpulan kini kepada mengembangkan perniagaan di pasaran majlis kerjasama negara Arab Teluk atau GCC dan Asia Barat.
Sumber : Buletin TV3
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|