CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 26949|Reply: 36

KKM keluar notis larangan ais krim ubat batuk Pei Pa Koa keluaran Inside Scoop, henti jual serta-merta!

[Copy link]
Post time 30-7-2024 10:15 PM | Show all posts |Read mode






KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius penjualan produk ais krim yang dicampur dengan ubat batuk tradisional Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) oleh sebuah rangkaian premis jualan ais krim.


Hasil semakan KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), mendapati ais krim tersebut disediakan bersama picagari yang berisi ubat batuk Pei Pa Koa.


Ujar kenyataan itu lagi, Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) adalah produk berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, KKM, di bawah kategori Tradisional, dengan nombor pendaftaran MAL06061564T yang digunakan untuk melegakan sakit tekak dan batuk yang mana kontraindikasi bagi wanita hamil seperti yang dinyatakan pada label.


Bagaimanapun katanya, di bawah Seksyen 13B (2), Akta Makanan 1983 tidak membenarkan penyediaan atau penjualan apa-apa makanan yang diadukkan.


"Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM 20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.


"Sehubungan itu, semua premis yang menjalankan aktiviti penjualan produk ini adalah diarahkan untuk menghentikan serta-merta penjualan semua produk tersebut bagi tujuan keselamatan kepada pengguna dan orang ramai," ujar kenyataan itu.


Di samping itu, katanya, semua media pengiklanan termasuk platform e-dagang dan media sosial hendaklah menghentikan penyiaran iklan makanan tersebut.


Tambahnya, pihak industri makanan adalah diingatkan supaya bertanggungjawab untuk memastikan semua produk makanan yang dijual mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya walaupun bagi tujuan untuk pemasaran dan melariskan jualan.


"Orang ramai juga adalah dinasihatkan supaya lebih peka dengan isu keselamatan makanan dan perlu sentiasa berhati-hati dalam membeli produk makanan yang mungkin diaduk dengan bahan yang tidak sesuai atau tidak selamat untuk dimakan.


"KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna," tambah kenyataan itu.


Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melayari laman sesawang Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) serta Facebook Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM).


Dalam pada itu, premis yang dimaksudkan, Inside Scoop menyatakan pengeluaran ais krim berperisa Pei Pa Koa akan dihentikan serta merta.


"Berdasarkan nasihat daripada KKM, kami mengucapkan selamat tinggal kepada ais krim berperisa Pei Pa Koa, serta merta.


"Jika anda ada membuat pesanan secara atas talian, jangan risau, pihak kami akan menghubungi anda bagi membuat pemulangan wang," katanya dalam kenyataan.


Dalam pada itu, pihak Inside Scoop turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan menghargai pengalaman anda.






Sumber : MStar








Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2024 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
br tgk kt tt ada abg yg suka buat mukbang tu tnjk..
kalau kkm xhalang pun i xhingin try wpn sedap.
ubt batuk ke ubt yg i blh minum/ telan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 10:27 PM | Show all posts
baik buat aiskrim perisa ketum
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
chacon replied at 30-7-2024 10:27 PM
baik buat aiskrim perisa ketum

maceh bro chacon
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiol suka rasa ubat batuk kegemaran Zayn Malik ni. Definitely tergoda nak terai. Ho ho.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni semua sebab Zayn Malik.
Yg si Inside Scoop, fefeling terpaling pantas and up to date, terus buat aiskerim perisa ubat batuk ni.
Meols suka jah pegi Inside Scoop dkt 1U tu, especially lepas ambik anak sekolah. Tapi psl case ni, meols mcm nak pangkah pulak. Mcm meluat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2024 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kome tak ngantuk ke telan ubat ni..iols alah dengan ubat, makan sikit memang mamai cari bantal je la
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 30-7-2024 03:27 PM
kome tak ngantuk ke telan ubat ni..iols alah dengan ubat, makan sikit memang mamai cari bantal je la

Takda feeling pun.

Juga takda effect kasik bagus batuk. Cemana ntah bertahan berpuluh tahun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 30-7-2024 11:49 PM
Takda feeling pun.

Juga takda effect kasik bagus batuk. Cemana ntah bertahan berpuluh tahun.

seingat iols ubat batuk ni paling mujarab kat iols, yang ambik kat klinik biasa nak habis sebotol baru nak hilang batuk tapi tu lah, iols alah dengan ubat..makan panadol sebijik pon boleh bagi lena apatah lagi ubat batuk..memang deep sleep terus
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
takdan iols nak try
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Camna bleh fkir nk jual eskrem cmpur obat batuk eh. xfkir ke klau dah viral bdk2 yg xmmpu nk beli inside scoop ni ttiba nk cuba sndri ubat batuk kt rumah cmpur eskrem smpai effect mmbahayakan kesihatan dan nyawa.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Astaga..inside scoop ke yg buat? Ingtkn produk cokia anak didik jijan semang punya produk
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 11:13 AM | Show all posts
aku ibgat lawak aje betul rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 11:16 AM | Show all posts
mana dtg idea la letak ubat batuk..aiyooh..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 11:17 AM | Show all posts
pasni bole la beli eskrem vanila pastu curah ubat batuk ni sket
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 11:19 AM | Show all posts
ubat batuk cap ibu & anak ni sedap dan sgt pekat likat
tahap keberkesanan bg batuk berkahak yg dh seminggu, iol bg 8/10



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu zaman sekolah, ada kawan aku gi sekolah bawak air perisa ubat batuk ni. Org lain buh sirap, oren ke tp dia ckp buh ubat batuk ni lagi sedap. Minum rasa angin2 mcm tu. Aku mampu tgk je sb aku x suka ubat batuk ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 11:58 AM | Show all posts
Pei po ka tak leh lawan ubat batuk cap kelapa laut africa
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 31-7-2024 12:04 AM
seingat iols ubat batuk ni paling mujarab kat iols, yang ambik kat klinik biasa nak habis sebotol  ...

Ubat klinik tu time nk telan dia punya rasa dh mcm bau klorox jamban la plk
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Rupanya dh byk org cmpur ubat ni kat ice cream sbelum viral lgi. Iol baru tau. Utk budak2 yg takut mkn ubat rse blh gak try mcm ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.061432 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list