View: 37282|Reply: 51
|
Ernie Zakri Pilih Berdiam Diri Meski Terkilan, Luahan Di Media Sosial Undang Pertanyaan - "Lambat-Laun Orang Tahu.."
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, penyanyi terkenal Ernie Zakri mengundang perhatian ramai dengan ciapannya di platform X, di mana beliau meluahkan kekecewaan terhadap sesuatu perkara yang telah lama dipendam. Namun, Ernie memilih untuk mengunci mulut dan tidak memperincikan punca sebenar kekecewaannya itu.
Ernie, atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, menjelaskan bahawa pendekatan ini diambil untuk mengelakkan salah faham berpanjangan dalam kalangan khalayak.
“Masa tu saya hanya ‘tweet’, meluahkan rasa terbuku yang dah lama saya simpan tetapi biarlah saya sahaja yang tahu. Lambat-laun orang tahu dan mungkin juga datang dari mulut saya sendiri,” ujar pelantun lagu Masing-Masing itu.
Tambahnya lagi, meskipun hampir mendedahkan butiran lanjut, Ernie memilih untuk menarik balik kata-kata dan terus melangkah ke hadapan.
“Saya tahu sudah mengundang pertanyaan ramai. Kalau dedahkan orang akan bertanya, jadi saya biarkan saja,” katanya.
Dalam kenyataan tersebut, Ernie juga menegaskan bahawa luahan tersebut tiada langsung kaitan dengan bekas syarikat pengurusannya, Rocketfuel Entertainment, seperti didakwa ramai.
“Kalau cakap berkenaan lagu, syarikat Rocketfuel Entertainment sebenarnya sedang menyelesaikan semua isu berkaitan lagu-lagu saya sebab bertukar pihak pengurusan. Jadi perkara itu memang tiada dan salahlah tanggapan peminat itu,” ujarnya.
Ernie, pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), berterus-terang dengan ahli kelab peminatnya, menolak dakwaan sengaja berbuat demikian sebagai gimik untuk melancarkan lagu baharu dalam masa terdekat.
“Sebenarnya, kisah ini sudah berlalu dua hingga tiga minggu dan saya tak mahu fikir lagi. Saya pun tiada komen lain, itu hanya perasaan saya ketika itu. Ada juga orang cakap gimik hendak keluar lagu, tapi sebenarnya tidak. Masa itu saya hanya menjadi wanita biasa yang meluahkan di media sosial,” jelasnya.
Ciapan Ernie yang tular sebelum ini menyatakan, “Ini sangat mengecewakan. Berita ini sangat mengecewakan. Ini sangat tidak profesional. Saya dah lama tutup mulut. Terlalu lama,” tanpa memperincikan sebab sebenar kekecewaan tersebut. Spekulasi dalam kalangan peminat mendakwa ia berkaitan dengan isu kerja, namun Ernie memilih untuk tidak memberi komen lanjut.
Pendekatan berdiam diri yang diambil oleh Ernie ini memperlihatkan kematangan beliau dalam mengendalikan isu peribadi dan profesional.
Sumber : Murai.my
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
Curious lak apa sebenarnya cerita ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Ape yg dia tweet tu?? Tepek lah siniii |
|
|
|
|
|
|
|
Unprofessional.. means pasal kerja lah kan.
Tapi kan lakibini ni takde pun like or show pics together takde pulak netizen speculate bukan2. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak nak citer nape provoke netizen....ishh...retis ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
Mengada2 boleh tak ckp mcm ni..
Ampuunn ye kalau yuan empunya baca kat forum ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
masalah ngan syarikat rakaman dia yg rocket fuel tu ke? atau dah bertukar naungan? |
|
|
|
|
|
|
|
lagu masing2 tu sedap yach... iols first time dengar orang cover lagu tu terus suka.... |
|
|
|
|
|
|
|
"Masa itu saya hanya menjadi wanita biasa yang meluahkan di media sosial"
Baru sedar laki 2 alam ke kak? *jahat betul otak iolls ni berfikiran |
|
|
|
|
|
|
|
sleepandream replied at 29-7-2024 10:58 PM
lagu masing2 tu sedap yach... iols first time dengar orang cover lagu tu terus suka....
sama larr suka sgt. sejujurnya iols tak minat ernie ni rasa terlalu teknikal bila menyanyi tp masing2 tu sedap suaranya dihalwa telinga iols. anak gegirl iols sampai hafal tetiap pagi otw ke kindy mesti bukak snaptube lagu masing2
btw, dah alang2 twit tu cuba cite smpai habis, sng kami nak take side maki yg berkenaan |
|
|
|
|
|
|
|
Lenkali fikir sblum tweet |
|
|
|
|
|
|
|
tp iolss suke suara die |
|
|
|
|
|
|
|
Ish baju dia hijau tu mcm aku ada sehelai. Ingtkn dia rembat baju aku dh td.
Dia ni xlawa bebeno ek |
|
|
|
|
|
|
|
iols pun suka suara dia... tak over menjerit mcm anak abdul tu.
artis mcm biasa la, hint2 luah perasan dekat sosmed tu confirmm mengundang spekulasi. Harap yg baik2 utk ernie. Laki nya masih umah lemari kah lps kahwin? |
|
|
|
|
|
|
|
masing2 tu cairrrrrr ditelingaaaaaa
rasa ke hati betul ernie ni nyanyi
|
|
|
|
|
|
|
|
suka suara dia dan sebutan nya.. jelas |
|
|
|
|
|
|
|
a'ah x brp lawo
Baik masa free hair ataupun dah bertudung ni
Besha2 jer
Wpun anak sedara ahkak Jena Jeng
Clan ahkak Jena Jeng mmg x brp lawo semuanya tapi suara masing2 superb
|
|
|
|
|
|
|
|
Start suka suara dia masa dia duet dgn Govinda lagu Hal Hebat
Pastu Govinda composed lagu Masing-masing khas utk Ernie |
|
|
|
|
|
|
|
Suara dia bagi aku nyaring bingit... sorry |
|
|
|
|
|
|
| |
|