View: 29572|Reply: 10
|
Mahu Elak Penyakit Ain, Fizi Ali Pilih Tunggu Masa Sesuai Dedah Wajah Dan Nama Bayi - “Kami Belum Bersedia Mendedahkan Wajah Anak Atas Nasihat"
[Copy link]
|
|
Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali, atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Ali, 35, baru-baru ini berkongsi mengenai keputusannya untuk belum mendedahkan wajah dan nama bayi perempuannya kepada umum. Fizi dan isterinya, Siti Zulaikha, sepakat untuk menunggu sehingga tempoh berpantang isterinya tamat sebelum memperkenalkan bayi mereka.
“Kami belum bersedia mendedahkan wajah anak atas nasihat kerana tak mahu terkena penyakit ain,” kata Fizi, merujuk kepada kepercayaan bahawa pendedahan awal boleh membawa penyakit.
“Memang ramai yang bertanya, termasuk saudara mara. Insya-Allah, kami sepakat mendedahkan wajah dan nama anak selepas isteri habis tempoh pantang. Nama sudahpun kami pilih, cuma belum didaftarkan sahaja. Namun, takkan ada majlis khas untuk perkenalkan anak. Cukup sekadar kami perkenalkan menerusi media sosial sahaja,” tambahnya lagi.
Fizi yang selamat menimang cahaya mata perempuan pada 3 Julai lalu, bersyukur kerana pengalaman anak pertama, Ameena Sofea, 5, hasil perkahwinan terdahulu dengan pelakon Shakilla Khoriri, banyak membantu dalam menguruskan bayi kedua ini.
“Pengalaman anak pertama dulu banyak mengajar saya bagaimana nak sediakan susu, lampin pakai buang dan barang kelengkapan bayi. Cuma, sekarang ‘baby’ kerap berjaga malam, jadi saya kenalah jaga. Kalau nampak mata saya bengkak, faham-fahamlah,” cerita Fizi sambil ketawa.
Selain itu, Fizi juga bersikap terbuka mengenai kemungkinan membuka akaun Instagram khas untuk anaknya.
“Saya tak ada masalah untuk buka akaun media sosial untuk anak kerana di situlah, boleh simpan video berkaitan perkembangan anak. Bukan tak nak kongsi dalam media sosial, takut orang bosan pula,” katanya.
Fizi dan Siti Zulaikha mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun lalu, dan masing-masing dikurniakan anak perempuan dari perkahwinan terdahulu. Perkahwinan terdahulu Fizi dengan Shakilla Khoriri berakhir pada Disember 2021.
Sumber : Murai.my
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
Ko siapa kesah pulak acik porem nak tgk muka ank ko. |
|
|
|
|
|
|
|
Taklah bermaksud nak mengejek atau apa, ttpi jika terasa awak tu seorang selebriti yg mungkin ada pengikut yg nak tau sangat perkembangan kehidupa FA, cukulah sekadar memberi khabar kalau isteri Fizi sudah selamat melahirkan seorang anak perempuan dn kini isteri masih berpantang. Nama anak akan diumumkan kemudian setelah didaftarkan. Cukup sekadar itu yg dikhabarkan di socmed, tak payah lebih2 apalagi kekhuatiran berkaitan dgn teguran/ain. Tak perlu. Tak nak buat akekah atau majlis erkenalan anak pun tak payah cakaplah kerana hal itu sunat dn harus belaka.
Apa pun tahniah kpd FA dpt anak baru, semoga menjadi anak yg solehah. |
|
|
|
|
|
|
|
Whoareyous? Kalau x nak ain jgn tunjuk any gambar just announce bini saya dah selamat melahirkan anak blah blh blah. Ini takut ain la takut anis la takut zahra lak.. Pi mamp |
|
|
|
|
|
|
|
semua perempuan anak2 dia
jangan tunjuk sampai besar la yer bang
ain tu bukan takat time baby je
btw tahniah |
|
|
|
|
|
|
|
zuriey replied at 29-7-2024 07:38 PM
Ko siapa kesah pulak acik porem nak tgk muka ank ko.
haa kann |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah plak org nak tau ???? syok sendiri je |
|
|
|
|
|
|
|
Halah halah...x de sapa pun kisah
Tak nak tunjuk terus pun x apa, x yah nak tunjuk sipi2 sangat atau dok buh sticker ke apa
We don't care!
|
|
|
|
|
|
|
|
eee gelinya ain bagai
lain la muka anak ko mcm anaknya si jahlopp si bilal tu
tak tgk pun dah tau muka jawa |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Buruk muka bini. Anak bini tu lg x herrrrlokk. Done ayat penyata |
|
|
|
|
|
|
| |
|