View: 31375|Reply: 3
|
Perenang Terpaksa Duduk Atas Lantai Bas, Pengangkutan Ke Kolam Renang Kelam Kabut!
[Copy link]
|
|
PARIS: Kesukaran pengangkutan di venue renang Sukan Olimpik di Paris telah mendapat kritikan meluas pada hari pertama pertandingan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
"Pengangkutan tidak seperti yang sepatutnya beberapa hari kebelakangan ini. Semuanya agak kelam-kabut," kata Juara Dunia 100 meter gaya kupu-kupu dari Jerman, Angelina Kohler, kepada pemberita pada Sabtu selepas menghadapi masalah semasa latihan.
Dia berkata beberapa perenang terpaksa duduk di atas lantai bas.
"Itulah sebabnya kadang-kadang agak sukar. Tetapi semua orang mempunyai masalah itu. Jadi, kita akan lihat bagaimana keadaan seterusnya," kata Kohler.
Menurut laporan dalam Korea Times, perenang dari Korea Selatan telah meninggalkan Perkampungan Olimpik untuk tinggal lebih dekat dengan Arena La Defense kerana masalah pengangkutan.
Perenang gaya bebas Jerman, Isabel Gose, percaya perkhidmatan bas ulang-alik akan semakin baik.
"Ia agak kelam-kabut. Ia memang satu masalah. Tidak berfungsi langsung. Tetapi saya rasa mereka akan membetulkannya," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
- tak sediakn ekon
- pasang flag olimpik terbalik
- pengangkutan kelam kabut
Negara maju
|
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 28-7-2024 01:23 PM
- tak sediakn ekon
- pasang flag olimpik terbalik
- pengangkutan kelam kabut
Tambah lagi... Salah announce negara... |
|
|
|
|
|
|
|
Rahah replied at 28-7-2024 05:18 PM
Tambah lagi... Salah announce negara...
Tambah lagi
- kurang bekalan makanan
Teruk sgt negara maju ni. Cer negara dunia ketiga ke negara membangun buat, cerca tak cukup tanah semua. |
|
|
|
|
|
|
| |
|