View: 13608|Reply: 6
|
Pengantin Perempuan Panjat Bumbung Rumah, Protes Tak Suka Suami Yang Dipilih Ibu Bapa – “Tak Suka Kenapa Paksa Dia Nikah…”
[Copy link]
|
|
Memang tidak dinafikan, wujud ibu bapa yang suka mengawal hidup dan ada juga yang memaksa anak-anak mengikut telunjuk atau kehendak mereka.
Jika anak masih kecil boleh lagi diterima namun ada sesetengah perkara terutamanya apabila anak dewasa tidak seharusnya ibu bapa memaksa anak-anak seperti perkahwinan.
Dalam satu kejadian yang berlaku di negara jiran, Indonesia seorang wanita menggemparkan kampung tempatnya tinggal selepas melakukan protes dengan memanjat dan duduk di bumbung rumah.
Menerusi video yang tular di media sosial, wanita itu yang memakai baju hitam dan berseluar putih dilihat hanya termenung dalam keadaan mencangkung sambil rumah itu dikelilingi penduduk setempat.
Menurut sumber, wanita tersebut dipercayai tidak suka dengan suaminya yang dipilih orang tuanya dan pernikahan itu baru berlangsung sehari sebelum kejadian.
Bukan itu sahaja, sumber tersebut juga berkata wanita berkenaan membuat protes untuk pulang semula ke rumah ibunya kerana enggan tinggal bersama suami.
Kisah itu meraih perhatian warganet di mana ada yang terhibur dengan tindakan wanita tersebut namun sesetengah pihak mengkritik ibu bapa wanita tersebut kerana memaksa dan mengatur perkahwinan anak.
Segelintir wanita menyuarakan kebimbangan terhadap kesihatan mental pengantin berkenaan dan berkata perkara begini jika tidak diselesaikan boleh mendorong ke arah kemurungan.
Sumber : Beautifulnara
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
I rate dislike sbb kisah indon... At least letak kat tajuk ini kisah negara konoha. |
|
|
|
|
|
|
|
ade lagi kena paksa² nikah zaman ni |
|
|
|
|
|
|
|
Indon n kepelikan berpisah teda |
|
|
|
|
|
|
|
Benda2 pelik Dan perangai pelik2 mesti dari konoha.. baca article untuk confirming je |
|
|
|
|
|
|
|
Pity lah pula maybe tiada duit untuk lari selain protest di rooftop |
|
|
|
|
|
|
| |
|