View: 20871|Reply: 16
|
Jay Iswazir Enggan Dabik Dada
[Copy link]
|
|
TEMPOH 14 tahun di dalam kerjaya industri seni lakonan tanah air tidak pernah menjadikan Jay Iswazir sebagai seorang yang bongkak mahupun meninggi diri.
Walaupun sudah mampu berdiri dalam kalangan nama-nama senior dalam cabang seni ini, Jay, 42, tetap menyambut baik kehadiran pelakon generasi baharu, walaupun ada antaranya bukanlah mereka yang memiliki latar belakang lakonan.
Jay atau nama sebenarnya Ahmad Iswazir Ismail berkongsi, bagaimana kehadiran generasi baharu pelakon terutamanya, pempengaruh media sosial menjentik fikirannya untuk terus mengkaji, apa yang perlu diperbaiki dan ditambah baik.
"Tentunya impian saya nak jadi teraju utama. Pernah ada, tapi yang serius betul-betul, belum ada. Saya percaya dengan rezeki dan sentiasa beringat agar tidak berada dalam zon selesa kerana sekarang kita dah berada dalam satu fasa yang permainannya berbeza.
"Contohnya, individu seperti pempengaruh dan bukan berlatarbelakangkan lakonan, tapi ada 'content' menarik dan orang suka. Saya kena gilap apa yang kurang pada diri saya supaya baru ada bukti untuk orang tawarkan kepada saya," katanya.
Menurut Jay, walaupun cintanya terhadap seni tidak pernah berbelah bahagi, dia akur dan bersikap realistik sekaligus mengakui bahawa perlu ada keseimbangan antara seni dan perniagaan dalam penghasilan karya untuk layar lebar.
"Saya ambil benda positif. Kalaulah pempengaruh atau mereka yang tidak ada latar belakang lakonan ini boleh naik, kita kena kaji apa yang membuatkan dia tertarik. Bercakap mengenai filem, kita tak boleh lari daripada perniagaan. Saya tak tolak seni, tapi kena seimbangkan juga antara perkara itu," katanya.
Kini, Jay sedang membintangi filem seram berjudul Dajal: Satu Malam Diperdajal arahan pengarah, Pierre Andre. Berkongsi pengalamannya untuk bekerja kali kedua di bawah arahan Pierre, Jay meluahkan rasa syukur kerana wujud keserasian antara mereka.
"Kali kedua bekerjasama dengan Pierre membuat saya teruja. Saya rasa, dia yang mengutarakan nama-nama pelakon kepada David Teo. Maknanya, kerjasama pertama kami itu membuatkan kami serasi.
"Sebagai pelakon, saya ada idea juga dan dia suka pelakon yang begitu. Gabungan idea yang memantapkan dan membuatkan hasil itu kemas, menarik perhatian dia," katanya.
Berkongsi mengenai watak Adam yang dipegangnya dalam filem ini, Jay turut bercerita mengenai rujukannya, iaitu filem Pengabdi Setan dan bagaimana dia ingin filem kita, membawa identiti dan wajah kita.
"Watak saya sebagai Adam. Sebenarnya, saya kurang gemar mengatakan filem ini lain daripada filem lain. Jadi, ia adalah filem seram, yang ada identiti sendiri yang mana kali ini saya nampak pengarah, Pierre Andre menonjolkan satu nafas baharu dalam filem seram di Malaysia.
"Dia menonjolkan satu kumpulan yang bermain dengan benda-benda menyeramkan dan bersifat iblis ini. Di sini, saya adalah seorang lelaki yang 'menganut' dan dalam filem ini, kemunculan saya tak banyak.
"Tidak ditonjolkan secara jelas siapa Adam ini sebenarnya. Cuma, ada bayangan yang menyatakan sebenarnya, benda yang berlaku di rumah ini adalah berkaitan satu organisasi yang mengumpul 'penganut'.
"Yang paling saya nampak, filem dari Indonesia, Pengabdi Setan. Jadi, saya dapat bayangkan ada entiti dan itulah menjadi rujukan saya. Saya antara orang yang kalau boleh, filem kita itu menampakkan wajah dan identiti Malaysia. Kalau kita tengok filem dari luar, kita tahu ia dari negara mana.
"Jadi, bila tengok poster filem ini, nampak moden dan bertanya sendiri, adakah ia seram seperti filem seram lain yang pernah ada di Malaysia?" katanya.
Selain Jay, filem arahan dan tulisan Pierre itu juga turut dibintangi Amir Nafis, Bidin Al Zaifa, Da'i Syed, Khatijah Tan dan ramai lagi.
Sumber: Harian Metro
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
I suka heols berlakon. Kira mcm pedro pascal la xhensem, pendek tp bakat lakonan jauh mendahului yg ada rupa. Industri hiburan malaysia antara plg terkebelakang n sgt membosankan. I rasa drama 2000 below lg best dari skrg.
Teringat scha dlm nuh nayla tu dah 2024 dah mekap sekati dgn watak mcm tu. xpyh la ambil pelakon yg actually hodoh tanpa mekap n filter. |
|
|
|
|
|
|
|
yesss iols pun gemar tgk dia ni acting. ada feel and soul.
tak kisah laa watak apa skali pun, mmg dia talented.
kemon Jay!! move forward! |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun bakat tu memang penting, no.1, tapi commercial value tetap perlu ada ye, ramai je yang tak berapa hensem tak berapa lawa, glamour & success, sebab pandai bawak diri, promo diri, masuk circle yang berbaloi, cuba benda baru, watak baru, market diri, attitude jaga, PR bagus.....
Kalau asyik merentan jual bakat je, tak sampai ke mana la. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by DottieDot at 26-7-2024 11:14 AM
Ah dia ni antara natural & versatile je lakonan.. Geng Namron, Azhan Rani, Amerul Affendi (siapa lagi ek) yang rupa x berapa tapi lakonan tiptop.. |
|
|
|
|
|
|
|
DottieDot replied at 26-7-2024 08:53 AM
Ah dia ni antara natural & versatile je lakonan.. Geng Namron, Amerul Affendi (siapa lagi ek) yang r ...
Arwah Benjy... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni muka je bengis dan pandai berlakon tapi melatah you... ekekekek |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni kalau berlakon baran atau samseng, lagi best dari tok danish |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni klo blakon jahat mmg rasa nak hempuk je.. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu ingat parut tu utk berlakon rupanya betul..tapi dia berlakon memang uishhh nyampah betul jahat yakmat |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tgk content borak dlm galley zarul umbrella tu br tau bininya ex cabin crew
Yg dari nurse ke cabin crew ke pelakon tu
Lupa namanya |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni jadi jahat best jadi watak bodo2 pun lawak wpun mostly watak tambahan tapi mmg dikenali ya maybe sbb parut tu sama. |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 26-7-2024 05:35 AM
I suka heols berlakon. Kira mcm pedro pascal la xhensem, pendek tp bakat lakonan jauh mendahului yg ...
Zaman sekarang banyak kayu kayan & tepung gomak jadi pelakon. Baik tengok animal planet
|
|
|
|
|
|
|
|
die ni mcm pilou asbaek versi melayu. berlakon pn best |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous: I suka heols berlakon. Kira muk[quote]anony-mous: I suka heols berlakon. Kira mc ... mc ...[/quote her.lips penuh gloss dah cam mulut itik tebal dan muncung muncung |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka tengok mamat ni berlakon garang baran tapi nampak sweet |
|
|
|
|
|
|
|
Lakonan nya best. Tapi bila dia berlakon watak baik, i rasa macam awkwarddd sebab selalu tengok dia bawa watak jahat dan nampak bengis |
|
|
|
|
|
|
| |
|