CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17195|Reply: 8

[Tempatan] Derma syarikat bir: Beri dana sama rata jika KPM nak kekang derma - MCA

[Copy link]
Post time 22-7-2024 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 23-7-2024 08:23 AM

Derma syarikat bir: Beri dana sama rata jika KPM nak kekang derma - MCA
Diterbitkan:  Jul 22, 2024 6:43 PM



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) harus memberi peruntukan sama rata kepada semua sekolah jika mereka bimbang ada dana tertentu yang tidak wajar disalurkan kepada institusi terbabit.

Naib Presiden MCA Wee Jeck Seng berkata mengehadkan sumber derma kepada sekolah vernakular adalah sama seperti mengekang peluang pembangunan mereka.

Akibatnya, kata Ahli Parlimen Tanjung Piai itu lagi, persekitaran pembelajaran serta kualiti pendidikan akan terjejas.

"Sekiranya KPM mahu mengehadkan sumber derma kepada sekolah rendah Cina, maka mereka harus memastikan sekolah-sekolah terbabit menerima peruntukan yang mencukupi supaya pihak pentadbiran tidak lagi perlu memikirkan program mencari dana," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wee berkata demikian sebagai mengulas keputusan KPM untuk menyiasat dakwaan sebuah sekolah rendah Cina di Sepang, Selangor menerima sumbangan daripada syarikat arak.

Ahad lalu satu majlis amal anjuran sebuah sekolah rendah Cina mencetuskan kontroversi apabila menerima sumbangan daripada syarikat minuman keras.

Majlis tersebut dirasmikan Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baru dan Pelancongan Selangor Ng Suee Lim. Turut hadir Adun Sungai Sungai Pelek, Lwi Kian Keong, dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Sepang.

Pada majlis itu, Lwi dilihat memegang replika cek yang tertera logo syarikat minuman keras.

Bukan promosi minuman keras

Kontroversi itu mengundang perhatian serius KPM dan menjelaskan akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

“KPM mengalu-alukan usaha sekolah untuk menganjurkan program dan mendapatkan sumbangan untuk tujuan pembangunan selaras dengan inisiatif Sekolah Milik Masyarakat.

“Namun ini perlu dilaksanakan berdasarkan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018.

“Ia melarang sumbangan yang melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,” kata KPM.

Menurut Wee, KPM tidak sepatutnya terikut-ikut dengan rentak tarian pihak tertentu yang membangkitkan isu tersebut.


Tan Teik Cheng


Katanya, mengekang pengaliran dana kepada sekolah rendah jenis kebangsaan Cina hanya akan menjejaskan pembangunan institusi terbabit.

“Jika KPM benar-benar mengambil berat tentang pendidikan, ia harus memastikan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dapat terus menjadi tonggak memupuk kemajuan negara masa depan tanpa sebarang sekatan terhadap sumber derma mereka,” katanya.

Sementara itu seorang lagi Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng, turut mempersoalkan mengapa penajaan syarikat arak untuk sekolah Cina menjadi isu sekarang.

Jelas Tan syarikat berkenaan berdaftar secara sah dan seperti syarikat lain, mereka memperuntukkan sebahagian dana untuk memenuhi program tanggungjawab sosial korporat.

Antara langkah itu, katanya, termasuklah menaja persembahan amal untuk mengumpul dana sekolah Cina.

“Lebih-lebih lagi penajaan ini tidak ada kena-mengena dengan mempromosikan minuman keras. Mereka hanya membantu pembangunan dan pembinaan pendidikan dan sekolah Cina.

"Dengan mengumpul dana untuk menambah baik kemudahan fizikal, mereka juga mengurangkan beban kerajaan, serta menyediakan pelajar dengan persekitaran pembelajaran yang lebih baik," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2024 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
apa salah???..kita boleh minum arak..mabuk,drive....TERlanggar olang  talak singaja kasi mati maaaa.......
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 02:38 PM | Show all posts
hahaha..siasat ini umpama menuang arak di longkang je..hmmmmmm
inikan rakyat MADANI
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Iya le tu nak siasat sgt
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 02:47 PM | Show all posts
apa motif syarikat arak ni nak taja program sekolah? baik duit diorg tu buat derma kepada mangsa pemandu mabuk ke. tak pun keluarkan modal buat video viral utk promote jangan memandu sambil mabuk. tu lg bagus sbnrnye. ni sebijik sekolah pun senang2 leh taja smpi rm3 juta kot.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nak promote minum arak kat  budak2 skolah ekk...
Wowww dis is madanon style
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2024 04:26 PM | Show all posts
Bagi orang kapir, rokok itu lebih dipandang 'hina' dari arak. Dorang OK ja kalau family makan semeja yang dewasa minum arak budak2 minum jus. Tapi rokok is a no-no.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2024 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols dengki... 3 juta tu boleh buat macam2.. nganga je tgk.. pibg sekolah anak iols mesti masuk public mutual 2.5 juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-9-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.037679 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list