Beijing: Sebelas orang maut dan lebih 30 masih hilang selepas sebuah jambatan di utara China runtuh ketika hujan lebat, lapor penyiar kerajaan CCTV pada Sabtu.
Jambatan di sebatang sungai di Shangluo wilayah Shaanxi, runtuh pada 8.40 malam Jumaat "disebabkan hujan lebat secara tiba-tiba dan banjir kilat", kata agensi berita rasmi Xinhua, memetik jabatan perhubungan awam wilayah.
"Hampir 20 kenderaan dan lebih 30 orang" dilaporkan hilang selepas jambatan lebuh raya itu runtuh ke dalam sungai di bawah, kata CCTV.
Kesemua 11 mangsa maut ditemukan di dalam lima kenderaan, kata penyiar itu.
Imej di televisyen kerajaan menunjukkan bahagian jambatan yang sebahagiannya tenggelam dengan sungai yang mengalir di atasnya.
Sebahagian besar utara dan tengah China dilanda hujan sejak Selasa yang menyebabkan banjir dan kerosakan yang ketara.
China sedang mengalami musim panas dengan cuaca ekstrem, dengan hujan lebat merentasi timur dan selatan negara ini.
Sumber: Kosmo
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Seperti biasa, tofu-dreg project, shoddy construction dan corruption bukan benda baharu di tanah PRC tu.
Kerap je berlaku kes jambatan runtuh di PRC tu tapi seperti biasalah, berita ditutup dan kematian downplayed by the CCP.
Itupun, ada lagi ummah Malaysia ni pandang tinggi apa entah kat PRC suka tuntut ceroboh kedaulatan perairan negara kita di Laut China Selatan, dah memang dasar komunis!