CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31948|Reply: 9

Spider Jaga Hubungan Sesama Anggota, Hampir 3 Dekad Dalam Industri

[Copy link]
Post time 18-7-2024 10:43 PM | Show all posts |Read mode




Untuk kekal relavan di dalam industri muzik tanah air bukanlah satu perkara mudah, namun kumpulan Spider dilihat masih diterima oleh segenap masyarakat malah mampu mengekalkan reputasi yang baik.


Ketika ditemui OhBulan!, vokalis Spider iaitu Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafah menegaskan bahawa perhubungan yang baik antara anggota kumpulan adalah penting dan haruslah mempunyai sifat jujur.


Meskipun bukan mudah untuk kekal lama di dalam industri, namun penyanyi berusia 51 tahun itu berkata sikap saling membantu boleh memberi kesan baik terhadap seni yang dihasilkan.








"Sebagai satu band, kita kena ada hubungan antara satu sama lain. Kalau hubungan kita kuat, yang selebihnya akan berjalan dengan lancar."


"Ketelusan itu penting, kalau tak ada ketelusan dalam band maka ia akan jadi separuh jalan."


"Kerjasama dalam kumpulan itu penting sebab ia beri impak kepada karya."


Tam berkata demikian semasa sidang media Konsert Mahardika yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Selasa.


Dalam pada itu, pelantun lagu Relaku Pujuk tersebut tidak menolak tentang kekangan dan cabaran yang perlu mereka hadapi namun percaya ianya boleh ditangani.


"Cabaran sudah semestinya ada, macam kita tengok sekarang barisan kumpulan Spider pun dah lain. Ada yang bila dah berumur sedikit mula ada masalah kesihatan."


"erkara-perkara macam ni yang kita perlu tangani dengan tenang. Tak boleh melatah, dan kami cuba sebaik mungkin dalam berkarya demi peminat."


Dalam perkembangan lain, Tam memaklumkan bahawa mereka sedang merancang untuk mengeluarkan album selain single yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.


"Lagi seminggu dua akan keluarkan single, single ini tercetus daripada Konsert Keluar Sarang baru-baru ini."


"Kami akan mengeluarkan album kompilasi dengan dua lagu baharu berkemungkinan dalam tahun hadapan."


Untuk info, Spider bersama Kugiran Masdo dan Ella bakal menjayakan Konsert Mahardika pada 30 Ogos ini bertempat di Space Arena Penang, Pulau Pinang.




Sumber : OhBulan




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2024 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
ada sorang anggota depa dah meninggal kan, lama dah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kaedahnya replied at 18-7-2024 10:56 PM
ada sorang anggota depa dah meninggal kan, lama dah.

Aah yg nama tony.. arwah dah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 10:27 AM | Show all posts
iols p konsert depa aritu best giler kot...puas ati sgt
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 12:42 PM | Show all posts
kalau pg karok mesti iols ada pilih lagu relaku pujuk tu... syok la lagu tu evergreen gitu....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 04:35 PM | Show all posts
Arwah Tony Alberto, kawan aku tu. Al-Fatihah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2024 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada skali Spider masuk AJL Tam ni potong rambut pendek..kemas handsome jaa. Lepas tu xpenah dah nampak dia rambut pendek
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
I lebiu tam... muahhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 11:26 AM | Show all posts
Bile teringat Tam berlakon cerita Gosok Jangan Tak Gosok kayu giler tapi kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 11:37 AM | Show all posts
kegilaan waniter betul tam ni dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.980740 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list