View: 29199|Reply: 11
|
Lelaki Warga Emas Singapura Dihukum Penjara Selepas ‘Kantoi’ Skodeng Penyewa Malaysia
[Copy link]
|
|
Seorang pemilik rumah di Singapura telah memasang lapan kamera tersembunyi di sekitar rumahnya untuk mengintip penyewa wanita Malaysia.
Menurut laporan The Straits Times, kamera ini ditempatkan secara strategik di dalam tandas, ruang tamu, dan bilik tidur penyewa.
Poon Lee Daniel, seorang lelaki berusia 68 tahun, telah dijatuhi hukuman penjara selama 10 bulan setelah mengaku bersalah.
Penyewa, seorang wanita Malaysia berusia 29 tahun, mula menyewa flat tersebut pada Januari 2019.
Pada awalnya, dia sering pulang ke Malaysia pada hujung minggu, tetapi mula tinggal lebih kerap di Singapura akibat sekatan perjalanan semasa pandemik Covid-19.
Kejadian ini terbongkar pada April 2021 apabila penyewa tersebut menemui lubang mencurigakan di bawah saluran penghawa dingin di biliknya.
Setelah menyiasat lebih lanjut, dia mendapati lubang tersebut adalah kamera tersembunyi dan segera melaporkannya kepada teman lelaki dan sepupunya, yang kemudian menghubungi pihak polis.
Poon difahamkan sering masuk ke bilik penyewa dengan alasan mahu melakukan kerja-kerja rumah seperti menukar lampu atau bersihkan bilik.
Penyewa tersebut pada mulanya merasa sangat tidak selesa tetapi akhirnya akur.
Polis menemui empat video dan 224 imej di komputer Poon, dengan 49 daripadanya adalah imej yang menunjukkan penyewa tersebut sedang menukar pakaian dan mandi.
Poon telah dijatuhi hukuman penjara selama 10 bulan setelah mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.
Sumber : The Vocket |
|
|
|
|
|
|
|
weh trauma wanita itu hanya equivalent to 10 months??? di mana keadilannya. kesiannya sheols. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan bagus sgt undang2 sg ni end up 10bulan je??? 10thn lebih sesuai. 8 kamera kena 10bulan je? Intipan 2 thn. Setakat 10bln apa la sgt. Confirm dia buat lg |
|
|
|
|
|
|
|
jgn2 ada sindiket jual video yg die rakam tu tak
|
|
|
|
|
|
|
|
cuba letak dadah atau mayat dalam rumah tu. confirm ke dalam lama sikit.
|
|
|
|
|
|
|
|
mengesahkan teori aku yg rakyat singapura ni gila seks |
|
|
|
|
|
|
|
kes artis kena rakam dlu pun pelakunya type-c kan? yg selalu rakam pmpuan pakai skirt pun slalu type-c orang tua. kenapa ye?
aku bukan nak racist kt sini tapi byk berita mcm ni.
yg type-m byk merogol takyah cakap la.
tapi org tua type-c suka ngintai? |
|
|
|
|
|
|
|
Sempat upload tak ke xtube |
|
|
|
|
|
|
|
jijiknya pangai apek tua ni singapore ni |
|
|
|
|
|
|
|
Welcome to jail la pek. 1 hari dlm jail lamanya umpama 1 minggu Tau |
|
|
|
|
|
|
| |
|