View: 27287|Reply: 23
|
Tiada Istilah Anak Tiri, Ungku Ismail Akui Semua Anak-Anak Nad Zainal Seperti Darah Dagingnya Sendiri
[Copy link]
|
|
Pelakon terkenal Ungku Ismail Aziz, 39, menegaskan bahawa tiada istilah ‘anak tiri’ dalam kamus hidupnya. Katanya, hubungannya dengan dua anak isterinya, pelakon Nad Zainal, dari perkahwinan terdahulu, Ungku Ismail berkata dia menyayangi kedua-dua anak tersebut seperti anak kandungnya sendiri.
Ungku Ismail berkongsi bahawa dia amat menyayangi Fahad Ibrahim, 8, dan Budi Kalsom, 4, serta menganggap mereka sebagai anak-anaknya.
“Saya tak sebut anak tiri tu dan kalau orang tanya anak-anak macam mana, saya akan beritahu ketiga-tiga anak sihat,” jelasnya.
Menurut Ungku Ismail, meskipun Fahad dan Budi mempunyai hubungan dengan ayah kandung mereka, dia turut mengambil tanggungjawab menjaga mereka bersama-sama dengan Nad.
“Mungkin saya bukan bapa kandung tapi mereka adalah anak-anak kami,” katanya dengan penuh kasih sayang.
Tambahnya lagi, apabila Ungku Indra Puteh, anak kandung hasil perkahwinannya dengan Nad, besar kelak, dia akan melayan semua anaknya dengan sama rata tanpa diskriminasi.
Ungku Ismail turut meluahkan rasa syukur kerana dua anak Nad menerima kehadirannya dengan baik dalam kehidupan mereka. “Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.
Pada masa sama, saya dan Ibrahim berkongsi minat yang sama iaitu permainan video. Budi pula memang rapat dengan saya,” ujarnya.
Ungku Ismail turut berkongsi satu kenangan manis ketika telefon bimbitnya rosak. Ketika Nad menggunakan telefon tersebut, dia terkejut apabila melihat gambar penuh antara Ungku Ismail dan Budi, menggambarkan betapa rapatnya hubungan mereka.
Nad Zainal sebelum ini berkahwin dengan Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata. Namun, perkahwinan tersebut berakhir pada September 2022.
Nad kemudiannya menemui cinta baru dengan Ungku Ismail dan mereka disatukan pada 23 Januari tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Ungku Indra Puteh Al Maajid, yang kini berusia sembilan bulan.
Sumber : Murai.my |
|
|
|
|
|
|
|
Ahh tepilah ko. Ingat buat statement mcm ni, boleh auto penyucian segala taik yg ko buat dulu kah?
Ko lakibini poyo, sila berambus. Org tgh busy case Farah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Baiklah |
|
|
|
|
|
|
|
3 bulan je jarak cerai ngn tarikh remarried. |
|
|
|
|
|
|
|
ok faham.
budi princess sorang lah ya |
|
|
|
|
|
|
|
Masing2 obses sesama sendiri. Biarkan dorg dlm dunia dorg.
iol pun dah tak minat kat UIA.
Suka masa drama TLU dan drama dgn mira filzah tu je (yg asik pakai baju putih tu).
dats it!. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila buat press conference untuk kutipan derma tu?#tanyajer |
|
|
|
|
|
|
|
Dh ko sondol mak diaorg dari keluarga tu, skrg kena la tunjuk bapak tiri terpaling kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
lain benar muka nad ni skrg. dulu hidung kemek je. dia buat nose job eh, muka dia pon ada shape skrg. tak berdosa ketuw mengubah ciptaan tuhan? |
|
|
|
|
|
|
|
ko penyondol mmg la ckp mcm tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
diamlah busyuk. agenda nak menaikkan nama sendiri ke yinni |
|
|
|
|
|
|
|
die mmg buat muka dan hidung ke kaka?mmg lain sgt muke die skang..lips die pun nampak sesuatu
|
|
|
|
|
|
|
|
bapak budak tu hidup lagi
tak payah nak beria
busuk betul ek dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
dah takde komen yg murni2 psl dia ni. kalau tk dulu ramai yg suka lps drama TLU tu. sayang mencemarkan nama sendiri krn perempuan. |
|
|
|
|
|
|
|
Salah ke kalau suami isteri nk obses dkt pasangan memasing? Habis tu tak kan la nk obses dgn pasangan org lain plak? |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapalah tak maintain kan TLU look tu. Sekarang kepams yang amat… tak minat dah. Tapi video2 diorang boleh juga nak layan sebab kelakar. |
|
|
|
|
|
|
|
As you should. |
|
|
|
|
|
|
| |
|