CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24228|Reply: 11

[Tempatan] Ringgit mengukuh, hutang bon Samurai berkurang kepada RM6.26 bilion

[Copy link]
Post time 16-7-2024 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh Suzalina Halid
Julai 16, 2024 @ 10:01am
[email protected]



Pengukuhan ringgit berbanding yen menyebabkan jumlah bayaran faedah bon Samurai yang dibuat sejak Mac 2022 sehingga Mac tahun ini lebih rendah berbanding tempoh sebelumnya. - Foto hiasan NSTP


KUALA LUMPUR: Jumlah bon Samurai atau hutang kerajaan Malaysia dengan Jepun berkurang kepada RM6.26 bilion berbanding RM7.2 bilion (200 bilion yen) pada akhir Mac lalu, ekoran pengukuhan ringgit.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata jumlah itu mengambil kira kadar tukaran RM3.1308 bagi setiap 100 yen.



Keadaan ringgit yang mula mengukuh berbanding yen menyebabkan jumlah bayaran faedah bon Samurai yang dibuat sejak Mac 2022 sehingga Mac tahun ini lebih rendah berbanding tempoh sebelumnya.

"Pengukuhan ringgit ini juga menjadikan jumlah hutang ini pada akhir Mac 2024, berkurang kepada RM6.26 bilion dengan mengambil kira kadar tukaran RM3.1308 bagi setiap 100 yen," katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.


Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang meminta menteri kewangan menyatakan status hutang bon samurai (yen) sebanyak 200 bilion yen (RM7.3 bilion) yang diterbitkan Malaysia pada 2019.

Guan Eng juga ingin tahu jumlah pembayaran yang dibuat dan baki hutang serta keuntungan tukaran wang asing atas penurunan nilai matawang yen.

Pada masa sama, menurut menteri kewangan, kerajaan Persekutuan membuat terbitan bon Samurai bertempoh matang selama 10 tahun sebanyak 200 bilion yen atau RM7.2 bilion, iaitu pada kadar tukaran RM3.6217 bagi setiap 100 yen, dengan faedah 0.53 peratus setahun.

Katanya, faedah bon Samurai dibayar dua kali setahun iaitu pada setiap Mac dan September serta tertakluk kepada kadar tukaran pada hari transaksi.


"Bagi tempoh September 2019 sehingga Mac 2024, kerajaan membelanjakan sebanyak RM192.1 juta untuk bayaran faedah.

"Kerajaan akan terus memenuhi obligasi bayaran faedah bon Samurai sehingga hutang ini matang pada Mac 2029 berserta bayaran hutang prinsipal sebanyak 200 bilion yen pada hari yang sama," katanya.

Menurut menteri kewangan, terbitan bon Samurai adalah kerjasama antara dua kerajaan bagi mengeratkan hubungan ekonomi dan budaya antara Malaysia dan Jepun.

"Peluang yang ditawarkan kerajaan Jepun kepada Malaysia untuk memasuki pasaran bon Samurai pada masa itu meningkatkan lagi kedudukan negara sebagai peneraju destinasi pelaburan rantau ini.

"Selain itu ia juga mempelbagaikan asas pembiayaan kerajaan Malaysia," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2024 04:24 PM | Show all posts
"Bagi tempoh September 2019 sehingga Mac 2024, kerajaan membelanjakan sebanyak RM192.1 juta untuk bayaran faedah." - bnyk tuhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
I tunggu 4.5
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengukuh taik mende...

selagi MYR / USD tak upgrade ke RM3.5/USD 1..

selagi MYR/THB tak upgrade ke RM1/ THB 20..

Selagi MYR/SGD tak upgrade ke RM1.8/SGD1..

Selagi MYR/IDR tak upgrade ke RM1/IDR18000..

Selagi tu lagh iols anggap matawang kita ni lemahhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 18-7-2024 05:18 PM

Hutang jepon peninggalan Atok Saka masa jadi PM2.0....dasar pandang ke timurr katenyehhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 01:20 AM | Show all posts
tripleid replied at 16-7-2024 06:51 PM
Hutang jepon buatan Atok Saka masa jadi PM2.0....dasar pandang ke timurr katenyehhhhh

@MissYouSayang pun idea ke tuuu???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2024 07:18 AM | Show all posts
menanah mata lobai...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 07:40 AM | Show all posts



Menurut menteri kewangan, terbitan bon Samurai adalah kerjasama antara dua kerajaan bagi mengeratkan hubungan ekonomi dan budaya antara Malaysia dan Jepun


yang buat hutang atuk saka....yang tukang bayar hutang generasi pengundi 18 tahun
hutang, korang tau apa itu hutang? duit masa depan korang digunakan untuk membayar hutang atuk saka... hutang beli kereta nampak kereta, hutang beli rumah nampak rumah....hutang bon samurai nampak atuk saka pergi Jopun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2024 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Normiang-Baru replied at 18-7-2024 01:20 AM
@MissYouSayang pun idea ke tuuu???

Tak syak lagi sis!
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh tetibe ramai kutuk bon samurai

Dari dulu lagi dah bangkem cakap bon samurai ni tak bagus kerana loan tu dalam yen, bukannya dalam myr
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 08:58 AM | Show all posts
gitchew bon saka
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2024 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Wauuu… berkat tolak penebuk atap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tanah Mendap kat Masjid India
Claudia_LestatTanah Mendap kat Masjid India
Views : 4838 Replies : 14
Tidur malam tak boleh, menangis setiap masa. Nanah akan meleleh keluar bila mandi.. Jadi Mangsa Produk Kosmetik Merkuri, Wanita Kongsi Derita Kulit Breakout Pada Usia Muda
YgBenarTidur malam tak boleh, menangis setiap m
Views : 42457 Replies : 103
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 32197 Replies : 200
Cikki umur 12 tahun pulak hilang ..hati2 la semua Malaysia semakin tenat
ModngengadeCikki umur 12 tahun pulak hilang ..hati2
Views : 22562 Replies : 78
"Dah Banggakan Mommy Dalam Pelajaran, Ini Dalam Olahraga Pula,” – Anak Sulung Rita Rudaini Juara! Pecah Rekod 20 tahun 100 Meter MSSD Sabak Bernam
mojarean_X"Dah Banggakan Mommy Dalam Pelajaran, In
Views : 35355 Replies : 197
Syada nafi cuba berbaik sebab duit
Glass_shoesSyada nafi cuba berbaik sebab duit
Views : 23201 Replies : 54
Tanam 140 pokok ganja asbab Yasin dipenjarakan seumur hidup
maklukpenggodaTanam 140 pokok ganja asbab Yasin dipenj
Views : 18649 Replies : 25
Dato’ Haji Azmir..Anak Tempatan Jadi Bos Rangkaian Restoran  McDonald’s Di Malaysia,100% milik orang Islam.
YgBenarDato’ Haji Azmir..Anak Tempatan Jadi Bo
Views : 1314 Replies : 0
Kipas Siling Budget
Lavender85Kipas Siling Budget
Views : 2363 Replies : 17
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 8792 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-8-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.287359 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list