CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44084|Reply: 111

[Tempatan] Tidur malam tak boleh, menangis setiap masa. Nanah akan meleleh keluar bila mandi.. Jadi Mangsa Produk Kosmetik Merkuri, Wanita Kongsi Derita Kulit Breakout Pada Usia Muda

[Copy link]
Post time 21-8-2024 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 21-8-2024 11:46 PM

Seorang wanita yang menjadi mangsa produk merkuri berkongsi 'penderitaannya' melalui platform media sosial TikToknya baru-baru ini




Menerusi perkongsian di TikTok, Nur Syamimi Azmi atau lebih dikenali sebagai Mimie, 27, berkata dia tidak menyangka berdepan masalah kulit yang kronik akibat penggunaan produk yang dipercayai mengandungi bahan merkuri sejak usia 19 tahun lagi.

Demi memperoleh kulit selicin kulit telur, rupa-rupanya lapisan perlindungan kulitnya perlahan-lahan menipis akibat penggunaan produk terbabit.

Bagaimanapun, biarpun memutuskan untuk berhenti menggunakan produk terbabit selepas mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun, kulitnya yang sudah terdedah kepada bahan berbahaya itu menjadi semakin parah. Kulitnya ditumbuhi jerawat, bernanah dan merebak seluruh wajah.

"Tidur malam tak boleh, menangis setiap masa. Nanah akan meleleh keluar bila mandi. Demam sakit kepala disebabkan breakout yang teruk. Sentuh muka sakit, bayangkan kalau mandi atau nak cuci muka. Hanya Allah saja yang tahu apa yang Mimie rasa," kongsinya.

Malah, ada individu sekeliling memandang dirinya dalam perasaan takut dan geli.

"Disebabkan itu, saya lebih banyak berkurung diri di dalam rumah daripada berjumpa dengan sesiapa. Kalau perlu juga untuk keluar, saya akan pakai pelitup muka untuk menyembunyikan jerawat bernanah.

"Namun, kebiasaannya pelitup muka yang dipakai akan menyebabkan nanah pada pipi pecah sehingga berdarah dan mengakibatkan rasa pedih tidak terhingga.

"Macam-macam usaha saya buat, termasuklah mendapatkan rawatan susulan di Kuala Lumpur. Namun, tiada sebarang perubahan pun yang berlaku. Malah, keadaan bertambah teruk," tambahnya

berdepan situasi sedemikian, Mimie bersyukur masih punyai pasangan hidup yang sentiasa memberikannya semangat tanpa putus asa.

"Suami tak pernah mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris perasaan saya. Malah, dia sentiasa memuji kecantikan saya dan yakin keadaan kulit saya akan pulih semula satu hari nanti.

"Saya pernah cakap dekat dia, carilah orang lain. Muka saya dah buruk," kongsinya lagi.

Sehingga artikel ini ditulis, video-video Mimie tular telah mencecah lebih 2.3 juta tontonan. Difahamkan, ketika ini Mimie sedang mendapatkan rawatan kulit muka di AINAA Clinic yang ditaja sepenuhnya oleh pempengaruh media sosial dan pengasas produk, Hafiz Mahamad dan isterinya, Syafiqah Aina.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2024 11:48 PM | Show all posts
Apa nama product yg dipakai dulu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Inflammation teruk dah.

Jumpa la doktor pakar derma.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 11:57 PM | Show all posts
yg korang pergi letak tempek acid merkuri ntah haper2 kulit korang dh knp? bakteria2 yg lekat kat muka ko dah beranak pinak.. kulit ko dah nipis x de protection dikikis ...haus!

jantan tak tengok kulit..theyols tengok perangai kalau nak kawin dgn korang. tu la org suruh ko belajor sains ko layan tiktok video2 retis korea sampah dekkkk!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm kwn iolss dl..kita nasihatkan jgn pakai produk timbang kilo...dia kata x pe cuba je dl...kalo x ok stop la...mula2 pakai elok la...blm lg dgn mkn produk Tah pe nama nye Cola coli pe benda tah..suka beria ckp kulit dia rs lembut...iolss mls dah nk nasihat...nanti kalo effect buah pinggang tanggung la sendiri...berlambak2 produk kat Guardian,Watson x nak bl...yg viral timbang kilo gak p hadap ..cantik nye x gak...mcm tu gak gan bekas gunung ganang nye
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 01:43 AM | Show all posts


Eh apsal sheols tak pergi doktor bertauliah. Apsal cari timbang kilo lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2024 05:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp x pi klinik pakar Dr.Ko
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Nur Syamimi berkata, dia tidak menjangka berdepan masalah kulit yang kronik akibat penggunaan produk yang dipercayai mengandungi bahan merkuri sejak berusia 14 tahun lagi-harian metro

Kat sini kata sejak umur 19 tapi kat HM kata sejak umur 14. Kulit baru lagi dah tepek merkuri sbb nak putih cam hamtu cina mendapatlah. Org kedah.  Org belah sana kenapa obses sangat nak putih. Esok2 tua kena cancer kulit pula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2024 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ambil antibiotics, sesambil tu laser. Jgn picit jerawat sndri, biar derm yg buat. Bguslah husband dia supportive time cmni.
Owner produk harap rse bersalah jual produk x elok
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan iols masa skola pakai produk babyface
Lama lama habis teruk muka dia
Now jadi tompok2
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 07:31 AM | Show all posts
jgn risau dik, lelaki zaman skrg x pandang rupa, mereka pandang dan pilih hati yg bersih.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Beli la skincare yg mahal skit mcm kiehls ker. Ko beli produk founder2 kosmetik mee segera ni sendiri mau ingt la kesannya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Cer buat rawatan guna tanah, amek tanah yang lebih dari 2 meter dari permukaan tu dan tepek kat pipi. Fungsi tanah ni mcm menuetralisekan semula kulit wajah. Dari tanah kita datang kepada tanah kita kembali dik
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 08:01 AM | Show all posts
dulu mesti ada yang nasihat tapi tak nak dengar, kes mcm ni sentiasa berulang... konon nak kulit muka selembut kulit vagina.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 08:09 AM | Show all posts
nak putih melepak punya pasal kulit jadi melepuh berbintat2... nak cantik macam mana lagi ntah lah. terima ajer lah diri tuh apa ada nya. pakai jer skincare beli kat watson senang, murah dan boleh lah

nih beli kat founder timbang kilo, sekejap jer lawo putih berkilat pastuh haukkkk
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni china material supplier punya hal la. Material purity dia rendah 2 decimal points jer tapi dia declare 99.9999%. Make up company ni biasanya tak pro patutnya check msds sebelum beli best tak beli la dari china buat kena scam jer. Salesman dia mmg ckp material tu safe tak der mercury bla222 tapi tgk msds cuma 99.99% jer. Mineral must be 99.9999% baru safe sebab engkau bkn tahu pun impurities dia amender mercury ker pb ke mana ada detail. Nak safe beli dgn jepun la lebih mahir dan honest. Bknnya local mekap co yg campur mercury dlm prod tapi impurity dalam material yg dia org impot dari china tu yg ada mercury.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2024 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu orang lelaki org yg bijak..muka original 24jam je. Produk muka utk kaum laki-laki mmg xleh dijual
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
dahsyatnya
pergi la jmp doc, takyah la pakai apa2 produk lg, kdg2 produk mahal2 pun ada jugak bahan tak sesuai sbb kulit dah teruk.
anak iols lbh krg camni la jerawat dia cuma bhgn pipi+dahi sbb hormon. iols bawak pergi jmp dermatologist Alhamdulillah serasi 2.5months jerawat hilang cuma skrg dlm proses hilangkan parut. parut pun dah slowly pudar (masuk bulan ke 5).
cumanya ingatkan harga utk redakan jerawat dah mahal rupanya nak hilangkan parut lagi meletop.  harapnya lepas ni ok la tak perlu guna skincare mahal mencanak skrg sampai ke sudah
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau exposure to inert boleh pakai carbon ni local u dah buat research once dah masuk blood stream kena pakai technology jepun dia org dah experience minamata disease dulu in the 60s. Mercury boleh pass down to generations, nanti risk anak cucu born deformed. Boleh check minamata disease.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 08:30 AM | Show all posts
Nak cantik perlu berkorban
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.517991 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list