CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25803|Reply: 2

Ameer Forteen tak kisah dilabel artis sendu

[Copy link]
Post time 15-7-2024 10:55 PM | Show all posts |Read mode




Anggota Kumpulan Forteen, Ameer terima dengan hati terbuka sekiranya dilabel sebagai artis sendu hanya kerana menyertai program realiti.


Ameer berkata, dia sentiasa berlapang dada dengan setiap komen dan menyifatkan penyertaannya dalam pertandingan realiti, TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia adalah satu batu loncatan.


"Sebenarnya, saya sudah biasa terima komen seperti ini. Setiap kali buat siaran langsung ada sahaja ayat-ayat begini dilemparkan.


"Saya tidak marah kepada netizen melemparkan komen negatif, malah saya lebih sayang mereka.


"Saya masih bersama Forteen kerana kami baru hasilkan single baharu. Saya sertai program realiti untuk mencuba nasib sebab orang kenal saya menyanyi bersama Forteen.


"Jadi, penyertaan ini memberikan satu hala tuju baharu buat saya. Ariz dan One turut menyokong saya. Kami menyokong antara satu lama lain tak kira apa yang kami usahakan sejak dahulu," katanya ditemui pada sidang media TikTok Live X Astro Gimme The Mic Malaysia di The Bee, Publika, baru-baru ini.


Mengulas lanjut, Ameer berkata, dia melihat begitu ramai kehadiran bakat baharu hadir, namun tidak pernah menganggap sebagai pesaing dan sentiasa terbuka menyambut kedatangan mereka.


"Saya sudah berada dalam industri hampir 14 tahun. Dalam program ini ramai cakap boleh rujuk kepada saya, tetapi sebenarnya saya banyak belajar daripada mereka.


"Kalau nak tahu, 29 artis menyertai program Gimme The Mic ini semuanya hebat. Saya belajar daripada mereka dan selagi kudrat masih ada, saya akan teruskan melakukan perkara yang diminati.


"Sebab ini adalah minat saya. Saya menyanyi sejak zaman muda lagi. Insya-Allah, saya akan melakukan terbaik dalam program ini," katanya.


Ameer berkata, dia menyertai pertandingan realiti untuk mencabar dan melihat sejauh mana dirinya boleh pergi.


"rogram realiti ini adalah platform sangat besar yang mana kita bukan sahaja akan bertanding di Malaysia, tapi juga peringkat antarabangsa. Jadi, saya rasa ini adalah masa tepat untuk saya.


"Saya tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan secara solo. Jadi, ini adalah masanya saya mahu keluar daripada zon selesa dan mencabar diri," katanya.


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2024 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat la video satu lg ameer. Confirm tak sendu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Thread pun sendu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.451811 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list