CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 54576|Reply: 69

[Tempatan] Ramai berbondong bondong ke Cameron Highlands pada waktu cuti tapi tiada penginapan akibatnya bermalam di stesen minyak dan Masjid

[Copy link]
Post time 13-7-2024 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
CAMERON HIGHLANDS – Cuti Awal Muharam pada Isnin telah menyebabkan berlaku kesesakan teruk di Cameron Highlands, malahan rumah penginapan di destinasi pelancongan tersebut juga penuh pada hujung minggu.



Di media sosial, telah tersebar rakaman mengenai kesesakan di sebuah stesen minyak di Brinchang pada tengah malam, dipercayai disebabkan ramai pelancong terpaksa bermalam di kawasan stesen minyak selepas gagal mencari tempat penginapan.

Timbalan Pengerusi Persatuan Pelancongan Cameron Highlands, Cheng Nan Hong berkata, tempahan penginapan untuk hotel dan inap desa mencecah 80 peratus dari Jumaat hingga Ahad, manakala kemudahan penginapan yang lebih murah telah penuh.

“Ini adalah perkara biasa kerana ramai pelancong, terutamanya yang berketurunan Melayu, bertumpu di Brinchang. Oleh itu, kemudahan penginapan di kawasan tumpuan biasanya akan penuh.

“Namun, pelancong mungkin dapat mencari bilik di Tanah Rata yang mempunyai lebih banyak kemudahan penginapan,” katanya kepada Sinchew Daily.

Beliau berkata, kebanyakan pelancong tidak akan berdepan masalah penginapan kerana sudah menempah bilik lebih awal.

“Kebanyakan yang tiada bilik adalah mereka yang pada awalnya merancang untuk balik pada hari sama, tetapi tiba-tiba membuat keputusan untuk bermalam di Cameron Highlands,” katanya.

Nan Hong berkata, penduduk tempatan sudah biasa dengan pelancong yang bermalam di kawasan stesen minyak, masjid atau dewan.

“Pelancong yang tidak mahu berbelanja di hotel mewah pernah memberitahu bahawa mereka tidak kisah untuk bermalam di masjid,” katanya.

Sementara itu, berhubung dakwaan berlaku scam sehingga bilik yang ditempah tidak dapat diduduki, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Ho Chi Yang meminta mangsa membuat laporan polis.

“Mereka juga boleh melakukan aduan kepada saya supaya perkara ini dapat dipanjangkan kepada pihak berkuasa,” katanya. – MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2024 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
i xsuka p cameron tp family i kalau ada masa terluang suka pilih cameron..skt kepala la nk sampai sana...lalu tapah tu i rasa mcm nk muntah..tp tahan je sbb tumpang keta abg i..adik i dia akan tdo spjg jln..tp weols sesama xblh tahan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
booking online dah confirm. tp klu ada walk in sanggup harga tinggi hotel ambik je. yg online tu di kenselkan je..nnt hotel refund la balik
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
I ngn husband tak pernah minat nak pergi cameron highland ni..haritu pegi jugak la bawak anak² sebab nak bagi diorang merasa sebab dok dengar kawan² sekolah cerita je pegi cameron highland..nak tuju destinasi 4km pun sejam lebih..tobat dah taknak pegi lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Cameron Dan jamed berpisah tiada. Tiap kali cuti pnjg sama je script dia. Something need to do la. Wake up la pihak berwajib
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Hairan dengan kegigihan depa2 nie mengadap jem berjam2..aku paling tak suka kena lalu kat Kampung Raja & Kuala Terla sebelum sampai Brinchang..view tak semenggah lansung..kiri kanan mcm tapak construction je..nampak busuk lagi kepam..entahlah selera masing2 kan..tapi not for me..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2024 07:18 AM | Show all posts
Adoi laaa… sanggup tu mengadap jamm.
Kalau I….. memang tak laaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk g Cameron ni kene p ari biasa.. Xde la sakit pale nk ngadap jem
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2024 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Waktu cuti sekolah dan cuti panjang bukanlah waktu sesuai untuk pergi bercuti di cameron highlands. Tapi apakan daya di Malaysia ni tak banyak tempat percutian yg nyaman. Fraser hill,genting dan cameron highlands
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape2 yg lum ada ada sekolah atau anak2 dah sekolah atau anak2 dah duk asrama sila la amik cuti gi cameron time weekdays kalau nk merasa sgt...ni korang xde anak pun sibuk nk sama2 sapu jem masa cuti public holidays atau school holiday
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Weols yg xde ank ni happy2 naik ch hari kerja..
Gi bli kek kt kea farm, mkn aiskrim
Makan itu, mkn ini, oh rasa nk gi yg taman ada santorini tu plak

Haritu kt group ch ada pompuan wat citer sedih kul 12 mlm cari homestay/bilik. Dia ada baby.
Bila org marah npe tgh mlm baru nk cr bilik?
Dia kata xplan nk tido, tp rupanya ada pokok tumbang tgh jln kd diorg xleh balik
Apa bebalnya laki ko, bawa baby kecik nk balik tgh mlm. Last2 diorg tido dlm kereta je kot.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 11:32 AM | Show all posts
Setuju dengan forumer lain. Janganlah cuba2 bercuti di CH sewaktu musim percutian. Memang buat sakit hati je.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
#BoikotCameron
        
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka pergi cameron suhu sejuk2 dan makanan sodap2 Tapi tak tahan pening weh nak sampai sana
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 14-7-2024 08:58 AM
Sape2 yg lum ada ada sekolah atau anak2 dah sekolah atau anak2 dah duk asrama sila la amik cuti gi c ...

Iols.dolu masa anak belum tadika mmg selalu balik kampung atau bercuti time weekdays
Sebab tak.jem..
Even balik raya pung weekdays je..
Pastu bila anak dah sekolah ni iols jadi malas plak weekends sebab penat hadap jem tapi kena balik juga sebab anak2 cuti
Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai ok je pegi ch..pegi sabtu ahad biasa je..bukan time cuti sekolah atau cuti bersambung..dpt rehat dgn nyaman sambil minum teh tarik cameron
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2024 02:08 PM | Show all posts
X pernah sampai lagi ke Cameron Higland ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Same ol same ol
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Best ke pi Cameron H?
Ummah bukan main berbondong tadenya nak insap jem ke hape
Bangun tido terlihat kehijauan ladang teh ke?
Tak penah terasa nk pi sana sbb malas layan long distance jem
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama xpegi Cameron.. lebih 20thn..

Tgk keadaan camni baik pegi weekdays je.. klo weekend jenuh nak hadap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.055487 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list