CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20928|Reply: 0

[Kedah] Paket kecil disyaki racun tikus ditemui di kawasan rumah pemilik kebun

[Copy link]
Post time 10-7-2024 06:55 PM | Show all posts |Read mode
Paket kecil disyaki racun tikus ditemui di kawasan rumah pemilik kebun


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Julai 10, 2024 @ 5:43pm [email protected]





Sepasukan pegawai KKM memeriksa kawasan rumah pemilik kebun yang dikatakan meletakkan makanan ringan berisi racun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim hari ini. - Foto NSTP/Ahmad Mukhsein Mukhtar





KULIM: Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menemui paket kecil yang dipercayai racun tikus di kawasan rumah pemilik kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, hari ini.

Paket itu ditemui pegawai terbabit ketika melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan tengah hari tadi. Rumah itu kira-kira 50 meter dari rumah dua beradik yang maut selepas dikatakan makan keropok berisi racun tikus diletakkan di pagar rumah berkenaan.

Difahamkan, pegawai KKM mengambil bungkusan yang disyaki pembungkus racun tikus jenis serbuk itu berdekatan kawasan longgokan sampah.

Tinjauan mendapati rumah pemilik kebun berkenaan tidak berpenghuni.

Pemilik kebun racun keropok tiada di rumah
Malah, sepasukan polis yang dilihat mengunjungi rumah itu hari ini namun mendapati pemiliknya tidak berada di kediaman itu. Selepas sejam menunggu, anggota polis beredar dari situ jam 12.15 tengah hari.

Semakan susulan yang dilakukan di kampung itu juga menunjukkan rumah itu masih kosong hingga petang tadi.



Polis membuat pemeriksaan di Kampung Padang Ubi, Kulim, lokasi di mana Muhammad Akil Syauqi, 3, dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, makan makanan ringan dipercayai mengandungi racun tikus diletakkan di pagar rumah jiran. - Foto NSTP/Ahmad Mukhsein Mukhtar

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi mengesahkan tiada sebarang tangkapan dilakukan pihak polis setakat ini.

Dalam pada itu, pasukan daripada KKM juga dilihat mengunjungi tempat kejadian hari ini untuk melakukan pemeriksaan di sekitar rumah berkenaan.

Sebelum ini, polis sudah mengambil keterangan daripada dua individu berusia 53 dan 34 tahun yang disyaki meletakkan bungkusan makanan ringan mengandungi racun itu pada dawai besi sekeliling pagar kebunnya.

Dalam kejadian Ahad lalu, Muhammad Akil Syauqi, 3, dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, disedari ibu mereka dalam keadaan mulut berbuih dan muntah di katil rumah di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di sini selepas termakan keropok bercampur racun tikus.

Muhammad Akil Syauqi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pulau Pinang (HPP) pagi tadi manakala adiknya masih dirawat di hospital sama.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.066945 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list