CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12529|Reply: 63

[Tempatan] Anak sulung kahwin si bongsu pasangan paling ideal.Anda setuju?

[Copy link]
Post time 10-7-2024 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Keperibadian yang berbeza di antara anak sulung dan bongsu menjadikan mereka saling memerlukan antara satu sama lain.





Perkara tersebut turut dipersetujui oleh kebanyakan pengguna media sosial dan rata-ratanya menganggap mereka sebagai pasangan paling ideal untuk berkahwin selain mempunyai jodoh yang kuat.

Menerusi pertanyaan yang dikemukakan pengguna Facebook, Ahchoi hari ini, dia meminta pandangan orang ramai adakah anak sulung sesuai berpasangan dengan si bongsu atau yang sama dengannya.

Pertanyaan beliau itu mendapat 230 komen dan lebih 60 peratus bersetuju anak sulung lebih sepadan dengan anak sulung.

Pengguna Facebook, Cherry berkata, anak sulung sudah terbiasa dengan sikap tanggungjawab dalam menjaga serta melindungi orang tersayang menjadikan mereka sesuai berpasangan dengan si bongsu yang sering menanti bimbingan orang lain.

“Anak bongsu jenis ‘lapar’ perhatian, jenis nak kena bantu buat itu dan ini. Memang sesuai sangat watak seorang ketua seperti anak sulung bimbing perwatakan kebudak-budakan si bongsu,” tulisnya di ruangan komen tersebut.

Sementara itu, pengguna lain, Adly Nor berpandangan bahawa anak sulung sesuai berkahwin dengan si bongsi kerana mereka mempunyai sifat berbeza seperti air dan api.

“Saya setuju anak sulung kahwin si bongsu. Anak sulung jenis mudah mengalah sama macam isteri saya. Kalau bongsu ini egonya kuat, itulah saya. Tapi dah kahwin ini yang suami la kena belajar banyak mengalah dalam apa-apa hal because women always right (kerana wanita sentiasa betul),” selorohnya. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2024 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak bongsu annoying. Sekian timaseh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan2 aiols (bffs) mostly anak sulung or anak yang terpaksa jadik 'sulung' sebab adik beradik atas dia takleh harap.

Gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols anak bongsu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 08:11 AM | Show all posts
yeap... iols anak bongsu... husband iols anak sulong.. tapi dlm marriege iols.. mcm iols yg hold karektor sulong.. husband jadi bongsu.. bila dia ke family dia.. auto sulong...  iols pelik.. org lelaki ni memang cenggini erk?? mencik la.. tapi mencik2.. 20 tawon gak dah kawen.. haih.. nasib badan.. iols kot yg terlebih independant.. haih
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 08:16 AM | Show all posts
aku sulung dari 3 beradik tp angah, anak ke 2 dah meninggal.
jadik tinggal berdua je ni mmg sifat kami mcm langit dgn bumi.

aku tak tau camne ler adik lelaki aku tu boleh jadik boss kat sektor awam.
benak giler.. anak dah dua tu.. nasib bini dia selalu jd pendamai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2024 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 10-7-2024 07:23 AM
Kawan2 aiols (bffs) mostly anak sulung or anak yang terpaksa jadik 'sulung' sebab adik beradik atas  ...

Tp uols setuju tak statement thread nih?

Iols rasa mcm nk setuju pulak..sbb if sulung kawin sulung mmg matilanak..ada masa bila dua2 jd dominan tu..pergh..perang
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 08:38 AM | Show all posts
i olls xsetuju....i olls sulong kahwin anak sulong juga...alhamdulillah serasi berdansa...bukan je karakter yang sama, minat sama dan pendapat pon selalu sama..kadang bg hint mata pon pasangan da paham...i olls pernah bercinta dgn si bongsu, tuhan je tao stress dia macam mana...i olls rasa kalau lelaki sulong dgn perempuan bongsu mungkin sesuai sebab lelaki boleh guide isteri...tetapi kalau sebaliknya perempuan yg sulong boleh bikin stress, sbb kita plak nk kena guide dia semua benda...setahun 2 larat lah seumur hidup terlalu lama...perempuan sulong i olls nasihatkan carik suami lelaki sulong juga...mungkinlah banyak tanggungjawab nak kena hadap untuk kedua pihak tp atleast bila ddk serumah dgn org yg sependapat, lebih menyenangkan hidup inshaallah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2024 09:05 AM | Show all posts
biasa dah jadi abang dalam keluarga sendiri ...tiba2 kawen bongsu kita pula terasa jadi adik pada semua ahli keluarga isteri , mcm pelik jeee
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak setuju sebab bapak I bongsu. Mak I sulong. I rasa mak I yang dominan kepada bapak I. I tak suka.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 09:22 AM | Show all posts
Ada kawan aku sulung kawen sulung, api ngan api orang tua cakap
Laki dia mencurang ngan pompuan lain mungkin sebab laki bini asek memetir kat umah

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak sure nak setuju atau tak
Yg penting persefahaman tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 10-7-2024 01:42 AM
pocongkiutss replied at 10-7-2024 12:22 AM
Tp uols setuju tak statement thread nih?

Iols rasa mcm nk setuju pulak..sbb if sulung kawin sulun ...


Aiol anak sulung nikoh anak sulung. Ok la. Managable. Tak boleh bayangkan kalau nikoh jantan anak bongsu. Mesti manja, clingy nak mampus macam husband2 kawan2 pompuan aiol. Nikoh anak sulung sebagai anak sulung ni, dua2 independent. Aiol bukan jenis manjakan diri or orang lain so boleh imagine la yach rumahtangga gimana.  
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 09:44 AM | Show all posts
Sulong ngan anak nombo 3 serasi. masing2 bab tanggungjawab tiptop. Anak bongsu manjahhhhhh, bengkeng... teruk laki nak kena QC nanti
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena guna konsep tanah air api dengan angin gak kut..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 11:43 AM | Show all posts
ye betul jgk kot,
aku bongsu,bini aku sulong,mmg saling memerlukan dan saling melengkapi,

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2024 11:49 AM | Show all posts
Ni kisah anak Azmee ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 11:51 AM | Show all posts
mekfazura replied at 10-7-2024 09:05 AM
biasa dah jadi abang dalam keluarga sendiri ...tiba2 kawen bongsu kita pula terasa jadi adik pada se ...

mcm aku jugak la, belah sana jd yg sulung,apa2 kena jd kepala,nak kena keluar modal dulu,nak kena berduit,nak kena jd paling hebat.
bila balik sini jd yg bongsu,minta ape2 dpt,siap dpt bantuan kewangan lagi,xperlu kerja ,kata2 bernas x dipeduli
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau da jodoh..anak ke berapa pun ku x pedulik
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku bongsu. Memang mak bapak aku manjakan aku. Tapi kan aku orang kampung kecik2 lasak masuk kebun panjat pokok bagai so aku tak suka dimanjah2 gitu bila masuk U mental aku cukup kuat masuk wataniah sampai habis.
Tapi sikap manja tu ada lagi bila kawen laki bekeng ni dia jadi pelengkap antara 1 sama lain. Haha. Tapi kebanyakan anak bongsu memang memualkan. Aku pun benci tengok. Bongsu sama bongsu memang tak leh Ngam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-7-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.513135 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list