CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27754|Reply: 0

[Kedah] Kencing tikus: Hutan Lipur Lata Bayu masih ditutup

[Copy link]
Post time 8-7-2024 02:12 PM | Show all posts |Read mode
Kencing tikus: Hutan Lipur Lata Bayu masih ditutup


Oleh Safuri Kamarudin - Julai 8, 2024 @ 11:42am [email protected]




Taman Eko Rimba Lata Bayu, di Baling ditutup sementara selepas dua pengunjung disyaki dijangkiti penyakit kencing tikus. - Foto hiasan




BALING: Hutan Lipur Lata Bayu, Asam Jawa dekat sini masih ditutup kerana kawasan itu masih tidak selamat untuk dikunjungi, ekoran kesan penyakit kencing tikus.

Pegawai Daerah Baling, Yazlan Sunardie Che Yahaya, berkata Pejabat Kesihatan Daerah Baling belum memaklumkan status terkini Lata Bayu.

"Cuma saya ada maklumkan kepada pejabat berkenaan semasa awal penutupan hari itu yg saya serahkan kepada mereka untuk buka semula sekiranya keadaan selamat.

"Nampaknya pusat itu masih tidak selamat untuk dikunjungi orang ramai dan kita masih menutup pusat rekreasi itu," katanya ketika dihubungi.

Yazlan berkata, pegawai daripada Pejabat Kesihatan Baling sentiasa memantau dan memberi penerangan berkala untuk kesedaran awam, termasuk mengedarkan risalah bahaya penyakit kencing tikus.

Menurutnya, arahan penutupan awal dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Kedah, untuk siasatan kes dan aktiviti pencegahan.

Sementara itu, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Daerah Baling, Mohd Arfan Bibit, berkata hutan lipur itu ditutup berikutan pada 17 Jun lalu, dua kes pesakit dijangkiti kencing tikus yang diterima dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Tinjauan mendapati pintu pagar hutan lipur itu masih berkunci dan diletakkan tali larangan bagi mengelakkan orang ramai masuk.

Gerai peniaga di sekitar pintu masuk juga ditutup.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.286068 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list