CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28649|Reply: 11

Justin Bieber dibayar RM47 juta menyanyi di majlis praperkahwinan anak individu terkaya Asia

[Copy link]
Post time 7-7-2024 03:47 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 6-7-2024 11:51 AM



Justin Bieber dibayar RM47 juta menyanyi di majlis praperkahwinan anak individu terkaya Asia

  • Oleh NUR EMIRA SAIZALI
  • 6 Julai 2024, 11:52 pm

BIEBER dilaporkan menerima bayaran tinggi pada acara praperkahwinan Anant dan Radhika semalam.


PETALING JAYA – Penyanyi popular Justin Bieber mencipta rekodnya sendiri apabila menerima bayaran sebanyak RM47 juta untuk sebuah pesta pra perkahwinan anak kepada lelaki terkaya di Asia, Mukesh Ambani iaitu Anant Ambani dan Radhika Merchant semalam.

Memetik laporan Times Of India, penyanyi asal Kanada itu diterbangkan khas ke India dan dikawal ketat dari lapangan terbang sehingga waktu berangkat pulang.

Bayaran mewah yang diterima Bieber sekali gus menewaskan jumlah diterima penyanyi Rihanna pada majlis praperkahwinan Anant dan Radhika pada Mac lalu iaitu sebanyak RM38 juta.

Pada majlis yang diibaratkan seperti konsert tersebut, suami kepada model, Hailey Bieber itu mendendangkan lagu-lagu hitnya termasuk Baby, Where Are U Now, All That Matters, Cold Water dan Peaches.

Acara turut diserikan dengan penampilan bintang Bollywood seperti Alia Bhatt, Ranveer Singh dan Salman Khan. Difahamkan, Anant dan Radhika dilaporkan akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 12 Julai depan.

Pasangan yang diberi jolokan ‘Crazy Rich India’ itu sebelum ini sering mengundang perhatian ramai apabila mengadakan pelbagai pesta mewah sempena perkahwinan mereka.

Pada Mac lalu, sebilangan individu terkaya dunia dilaporkan hadir ke majlis praperkahwinan pasangan tersebut termasuk bilionair India, Gautam Adani; bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft, Bill Gates; CEO Meta, Mark Zuckerberg dan CEO Disney, Bob Iger.

Sekadar info, Ambani yang juga merupakan individu ke-10 terkaya di dunia merupakan pemilik Reliance Industries yang meliputi pelbagai bidang termasuk minyak, gas, petrokimia sehingga industri telekomunikasi. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/07/06/justin-bieber-kalahkan-rihanna-dibayar-rm47-menyanyi-di-majlis-praperkahwinan-anak-individu-terkaya-asia/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2024 04:38 AM | Show all posts
dia nak bayar rm100 juta pun boleh dikkk
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2024 05:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Hanya 10 million dollar utk 30 minit harga utk membawa bieber keluar dari persaraan
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2024 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk bdk ni teringat kisah tragis dia ngan Diddy tu. Dgr kata kecik2 dh kena abuse ngan Diddy. Usher pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2024 10:03 AM | Show all posts
masa kawen anak sultan  yg sulung dulu panggil kak yah.agaknya berapa la sheols dapat
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2024 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 7-7-2024 05:38 AM
Tgk bdk ni teringat kisah tragis dia ngan Diddy tu. Dgr kata kecik2 dh kena abuse ngan Diddy. Usher  ...

Dia kena dera dgn diddy tu?
Usher tu dera bieber sama ka?
Isk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2024 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 7-7-2024 02:55 PM
shernazz replied at 7-7-2024 02:49 PM
Dia kena dera dgn diddy tu?
Usher tu dera bieber sama ka?
Isk..


Rumours kata dia kena rape ngan diddy. Usher pun pernah jd mangsa diddy
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2024 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 7-7-2024 02:49 PM
Dia kena dera dgn diddy tu?
Usher tu dera bieber sama ka?
Isk..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2024 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 7-7-2024 02:49 PM
Dia kena dera dgn diddy tu?
Usher tu dera bieber sama ka?
Isk..

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2024 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 7-7-2024 02:53 PM
Rumours kata dia kena rape ngan diddy. Usher pun pernah jd mangsa diddy

Jilaka.la diddy ni
Semua dia nak hamtam
Ngok.ngek betul
Ape la jlo pandang sampai gi tengok kat jail tu berjanji sehidup semati gitchuu
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2024 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2024 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.045193 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list