CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12008|Reply: 0

[Pulau Pinang] Wanita hidap strok dibawa dengan ambulans ke pusat mengundi

[Copy link]
Post time 6-7-2024 12:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 6-7-2024 12:54 PM

Wanita hidap strok dibawa dengan ambulans ke pusat mengundi


Nur Izzati Mohamad[email protected]




ROSNAH dibawa keluar dari ambulans sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk menunaikan tanggungjawab mengundi. FOTO Mikail Ong





Nibong Tebal: Meskipun separuh badan mengalami strok hingga tidak dapat berjalan namun seorang wanita menggagahkan dirinya turun mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Rosnah Ramli, 50, dibawa dengan ambulans sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Duri, di sini, dari rumahnya yang terletak tidak jauh dari pusat pengundian.

Katanya, dia tidak pernah sekali pun terlepas daripada menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi berdaftar sejak berusia 21 tahun.

"Sudah tiga tahun saya hidap strok bahagian kiri. Memang tak mampu untuk berjalan kerana bermula dari paras lutut akan rasa mencucuk.

"Ini kali pertama saya menaiki ambulans untuk ke pusat mengundi. Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini saya mampu berjalan perlahan-lahan dan datang dengan anak.

"Kali ini walaupun tidak mampu datang dengan anak atas faktor kesihatan, kami (anak beranak) cuba dapatkan bantuan untuk hadir ke pusat mengundi," katanya.

Difahamkan, persiapan ke pusat mengundi menggunakan ambulans itu dibuat seminggu awal oleh anak Rosnah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam memberitahu seramai 39,151 pemilih berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab mengundi pada PRK bagi memilih wakil rakyat DUN Sungai Bakap.

PRK Sungai Bakap menyaksikan pertembungan sengit antara calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.




Disiarkan pada: Julai 6, 2024 @ 12:41pm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.050486 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list