CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11713|Reply: 36

[Jenayah] Hampir Tinggalkan Kedai Makan, Kena Order Pakai QR Kalau Nak Password Wifi!

[Copy link]
Post time 5-7-2024 01:30 PM | Show all posts |Read mode


SEMAKIN banyak restoran kini beralih kepada penggunaan kod respons pantas (kod QR) untuk pelanggan membuat pesanan makanan.

Meskipun kaedah itu dikatakan memudahkan pesanan dibuat, namun ada ketikanya ia membebankan para pelanggan.

Ini terutama apabila pelanggan berdepan masalah seperti ketiadaan capaian Internet.

Seorang pelanggan meluahkan kekecewaannya ketika berkunjung ke sebuah premis makanan apabila tidak dapat membuat pesanan menggunakan kod QR.

Menurut Zeeda Aziz, dia tidak dapat membuka pautan daripada kod QR kerana rangkaian Internetnya tidak begitu baik di kawasan itu.

"Kepada pemilik kedai makan yang menyediakan kod QR untuk pelanggan membuat pesanan, ingin saya nasihatkan sediakanlah juga password WiFi.

"Dah banyak kali saya terkena. Kalau mood saya tak cantik pada waktu tu, saya akan terus keluar pergi cari kedai lain. Tak nak sakit hati lama-lama.

"Malam tadi, hampir saya tinggalkan kedai makan ini sebabnya saya tak dapat buka link daripada kod QR. Capaian jaringan Internet tak cukup kuat di kawasan tu," luahnya di Facebook.

Bercerita lanjut, kata Zeeda, dia kemudian meminta anaknya bertanyakan kata laluan (password) untuk menggunakan kemudahan WiFi di kedai tersebut bagi membolehkannya membuat pesanan menggunakan kod QR.

Tanpa mendedahkan lokasi restoran, dia bagaimanapun terkejut dengan reaksi daripada pekerja di kedai makan tersebut.

"Katanya nak guna WiFi, order dulu. Fuh... dia ingat kita datang sini semata-mata nak lepak guna WiFi ke apa?

"Kalau tak nak bagi pelanggan guna WiFi, janganlah pakai kod QR tu. Ambil pesanan secara manual.

"Datang ke meja, ambil pesanan atau letak kertas pesanan, pensel dan menu. Nanti dah siap tanda, boleh ambil kertas tu," ujarnya.

    Pemilik perniagaan sekalian, kadang tu tak ada siapa pun sihirkan kedai awak... cuma awak tak mahir baca riak muka pelanggan kecewa.
    NETIZEN

Menurut wanita itu lagi, dia mengakui makanan di restoran itu sedap dan penyediaannya agak pantas tanpa membuatkan pelanggan tertunggu-tunggu.

Namun proses membuat pesanan makanan menggunakan kod QR amat mengecewakan.

"Menyakitkan hati, ditambah pula dengan ayat... nak WiFi, order dulu. Makin baran dibuatnya," katanya sambil menjelaskan bagi mengelakkan kekeliruan bahawa 'order dulu' bukan kata laluan untuk menggunakan WiFi di kedai tersebut.

Susulan itu, kata Zeeda, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pekerja di situ.

"Terpulanglah pada mereka, nak ubah atau tidak. Sekecil-kecil perkara begini, boleh membuatkan pelanggan tak nak datang dua kali.

"Pemilik perniagaan sekalian... kadang tu, tak ada siapa pun sihirkan kedai awak. Cuma awak atau pekerja tak mahir membaca riak muka pelanggan yang sedang kecewa.

"Selepas saya tegur hal ni, mereka bagi alasan, Internet situ tak kuat pula. Sebab itulah mereka tak bagi password (WiFi). Dah tahu tak kuat, tak payah la guna kod QR," katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan saranan Zeeda bahawa pengusaha kedai makan seharusnya memudahkan pelanggan untuk membuat pesanan menggunakan kod QR.

"Kita ke kedai makan bukan untuk menggunakan WiFi, kita ke kedai makan untuk makan bersama keluarga. WiFi sangat diperlukan apabila nak pesan makanan guna kod QR, sebab Internet tak semuanya bagus di semua kawasan.

"Sepatutnya mana-mana kedai makan sediakan pilihan kepada pelanggan. Bukan tumpu pada satu cara je untuk order dan baya. Apabila pelanggan menyampah, pelanggan tak akan datang lagi dan itu akan merugikan bisnes," komen netizen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2024 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Stress kalau order guna qr nih..tercari2 menu..jadi lmbt order..dah sampai order salah pulak huwaaaa stress rasa haha
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat secret recepi sek7 shah alam pun sama, gigih lah plak nak berQR bagai. Dah lah nak celebrate birthday. Terus keluar makan tempat lain. Potong stim betul.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 05:40 PM | Show all posts
oder pakai qr tp tetaplah caj servis charge 10%..puikkk
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
damsel_fiji replied at 5-7-2024 05:40 PM
oder pakai qr tp tetaplah caj servis charge 10%..puikkk

hahaha kann
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Xuser frenly nk carik menu susah pastu skali ko slah tekan ko kene key in order 1 1 blk. Bodo btoiiii.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2024 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Slps bbrp thn tak blk Malaysia I hari tu blk
Nak buat payment thru qr code
Terkebil2 I tak tau apa
Nak order pun thru qr Internet x dpt
Terpaksa tggu nieces dtg baru blh order
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
monsterwife replied at 5-7-2024 07:53 PM
Slps bbrp thn tak blk Malaysia I hari tu blk
Nak buat payment thru qr code
Terkebil2 I tak tau apa

Negara kau duduk sekarang tak ada pakai qr untuk order ya sissy?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2024 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak paling benci yang jenis order pakai qr tapi buku menu tak disediakan sissy. Dah satu hal pulak nak kena pas2 skrin ponsel yang maha kecik persis saiz konek laki kau tu kat kaum keluarga kerabat sahabat handai untuk tengok menu sissy. Sampahnya lah zaman semak phone ni sekali dengan ummah2 pun jadi sampah sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2024 01:12 AM | Show all posts
Ai no laik qr menu sebab susah nok focus once ko dah berhu berha dengan rakan taulan
Jenuh sambil nak menyembang sambil nak telek menu
Kalau storeng cerdik siap siagakan menu online
Boleh customer tak gheti focus macam aiol telek sesiap sampai kedai terus place order kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2024 02:18 AM | Show all posts
iols ok je, sebelum ni selalu pegi kedai mamak yang guna QR ni, so cepat je sampai. Kalau tak nak kena tunggu anney tu datang amik order pon punya berjanggut buat apa tatau macam la sibuk sangat

untuk kes ni, boleh je request kat kaunter amik order dan bagi alasan takleh guna fon etc.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2024 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 5-7-2024 08:31 PM
Negara kau duduk sekarang tak ada pakai qr untuk order ya sissy?

Bila duduk depa terus bg WiFi lah akak pookey
Blk hari tu Celcom i tak kuat utk internet
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2024 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
untuk oder time sorg2 ok lg la,walaupon kadang mendatangkan kemarahan,lain kita oder.lain yg sampai,pening.time kalau dgn kwn2 semak jugak la,dah lambat satu hal,salah pulak tu.hp pon merata jalannya.aduh2.ada jugak pengalaman,dah oder,tak sampai2 pon.hilang entah kemana oder tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2024 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ordee QR tu x kisah..tp menu tu pls la sediakan menu physical juga..susah nk scroll carik2 menu..gambo pun kecik je...tak suka..rela kuar gi cari restoren lain..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2024 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Qr tu bagus. Tapi kalau kedai celah ulu banat dan jenis bangunan high density, line akan jadi slow atau takde langsung memang rasa nak campak je hp tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2024 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan lupa hantar duit guna QR code DuitNow akak tawww

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2024 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg menyampah pun qr2 ni. i pegi kedai tomyam biasa pun kena qr. dah la waktu tu panas n lapar with anak lagi. terus request pakai mulut jela. stu lg pi uniqlo tetiba kena ambik bag kertas sendiri urut check out sendiri. ya ampun, dah kenapa rasa mcm kenapa x layan customer dah. pekerja ramai2 tu buat apa. baik beli goreng pisang kat warung still layan elok n tanya baik2.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2024 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
apa2 penambahbaikkan septtnya mempercepatkan..bayar qr dah ok..
ambik order dah buang masa pulak
.kalau tick tu kejap je
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2024 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolss p KL n Selangor banyak yg pakai QR ni..kat Johor msh banyak pakai manual...iolss srh anak sulung je yg oder QR..kalo dia x de iolaa keluar je dr kedai makan tu...biasa cr foodcourt je senang...x yah QR2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2024 07:35 PM | Show all posts
kahkahkah aku ingatkan aku sorang je  rasa order,bayar guna scan   ni melambertkan proses. tgh lapar mmg panas la rasa.setakat order menu ok lagi ..ini yg  jenis kena bayar kena scan lagi.. selagi ko tak bayar guna qr mereput ni mmg mengundang baran.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.065072 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list