CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6391|Reply: 0

[Johor] Pesakit kanser paru-paru bersyukur doa orang ramai

[Copy link]
Post time 4-7-2024 05:35 PM | Show all posts |Read mode


MAS Imran menyampaikan sumbangan kepada pesakit kanser paru-paru, Norfarahain Taman Pelangi hari ini.

Johor Bahru: "Saya amat bersyukur atas doa orang ramai yang mahu melihat saya sembuh serta menjalani kehidupan bahagia bersama anak dan suami," kata pesakit kanser paru-paru, Norfarahain Abd Manap, 35.

Norfarahain berkata, sokongan moral orang ramai memberi semangat kepadanya untuk terus melawan penyakit itu serta berjuang selagi terdaya.

Menurutnya, dia juga berharap memperoleh dana bagi membolehkannya menjalani Imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET Scan) serta mendapatkan bekalan ubat iaitu suntikan pembroluzumab bernilai RM220,000.

"Saya tidak putus berdoa supaya mampu menjalani rawatan serta mendapatkan ubat seperti dinasihatkan doktor.

"Saya juga tidak dapat menjalani rawatan kemoterapi selagi tidak menjalani PET Scan kerana tidak dapat mengenalpasti tahap baharu kanser saya.

"PET Scan dijangka memakan kos RM2,500," katanya ketika ditemui di Taman Pelangi di sini, hari ini.

Norfarahain berkata, dia bersyukur kerana Nur Ailessya Balqis, 14; anak bongsu, Nur Ailessya Rania, 11 dan anak saudara yang berada di bawah jagaannya, Seri Mawar Md Zin, 9, memahami keadaan keluarga.

"Mereka tidak pernah meminta saya membelikan barangan dikehendaki selain kami hanya memakan makanan sederhana kerana lebih mengutamakan perbelanjaan persekolahan serta perubatan saya.

"Suami saya yang bekerja sebagai anggota tentera juga pernah berusaha bagi memohon pinjaman dari bank bagi membiayai kos perubatan saya namun gagal," katanya.

Norfarahain juga menerima sumbangan barangan daripada Pasaraya Econsave Cash And Carry.

Pengurus Besar Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam berkata, pihaknya menyalurkan susu khas serta barangan dapur bagi kegunaan keluarga berkenaan.

"Kami menyalurkan sumbangan bernilai RM1,000 bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

"Diharap Norfarahain sembuh dan mampu bebas daripada kanser," katanya.

Semalam akhbar Harian Metro mendedahkan penderitaan Norfarahain yang kerap sesak nafas hingga bergantung kepada bantuan oksigen selepas gagal membeli suntikan pembroluzumab.

Norfarahain didiagnos menghidap kanser limfoma peringkat awal pada Ogos 2022 dan sel kansernya kembali aktif pada Jun tahun lalu dan sudah mencecah tahap dua.

Dia didapati memiliki ketumbuhan sebesar 12 sentimeter di paru-paru hingga mengganggu sistem pernafasan.

Orang ramai yang ingin membantu Norfarahain boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank miliknya di 162786154316.


Disiarkan pada: Julai 4, 2024 @ 10:28am



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.254613 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list