CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10483|Reply: 2

'Jangan usik tanah sekolah Tamil kami, - Aktivis termasuk bekas pelajar membantah pengambilan sebahagian tanah SJKT

[Copy link]
Post time 28-6-2024 09:55 AM | Show all posts |Read mode






KUALA LUMPUR – Pemaju diminta tidak menganggu tanah milik Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bandar Kinrara, di sini yang sudah berusia 78 tahun hanya bagi tujuan pelebaran jalan.


Susulan itu, sekumpulan aktivitis dan bekas pelajar sekolah terbabit menggesa kerajaan untuk campur tangan terhadap pengambilan tanah sekolah terbabit yang akan menjejaskan seramai 700 murid sekolah tersebut.


Pengerusi Pasukan Bertindak Selamatkan Sekolah Tamil Kinrara (SAKTA), Dr. S. Streram berkata, Dewan Banndaraya Kuala Lumpur (DBKL) seharusnya mempertimbangkan sensitiviti atau kesulitan dihadapi pelajar sebelum meluluskan projek pembangunan Viera Residence pada 2021.






“Difahamkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, kedua-dua mereka dari DAP, tahu akan proses ini atau rancangan untuk merobohkan sebahagian kawasan sekolah.


“Persoalan kita ialah mengapa mereka tidak membantah secara terang-terangan yang didakwa dicadangkan dan dipersetujui oleh DBKL untuk pemaju mengambil sebahagian daripada tanah sekolah, yang mana akan menjejaskan bahagian tadika, kelas muzik dan kantin.


“DBKL harus bertindak secara waras atau mempunyai belas kasihan dengan  membenarkan pemaju menyentuh bahagian sekolah, ia boleh menyebabkan bukan sahaja ketidakharmonian kaum atau bantahan awam, tetapi boleh mengakibatkan murid-murid menderita,” katanya dalam sidang media di hadapan SJKT Bandar Kinrara, di sini, hari ini.


Tinjauan MalaysiaGazette bersama pasukan itu mendapati kondominum berkenaan dibina bersebelahan dengan sekolah selain laluan masuk ke perumahan itu juga agak kecil.


Sekiranya pembesaran atau pelebaran dilakukan pemaju, mereka akan mengambil sebahagian daripada 8,823 kaki persegi keluasan tanah sekolah berkenaan.


Kondominum terbabit mempunyai 1,604 unit perumahan dan dijangka meningkatkan jumlah aliran trafik di kawasan itu.


Tambah Streram, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengkaji semula polisi kelulusan pembangunan tinggi di sekitar kawasan sekolah, kuil dan masjid yang boleh menjejaskan suasana dan kualiti penduduk setempat.


“Susulan itu kami menggesa campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa dan pihak bertanggungjawab agar mengambil tindakan yang tegas.


“Ini bagi memastikan tanah SJKT Bandar Kinara kekal terpelihara demi kesejahteraan murid-murid, di mana tidak boleh diganggu gugat sama sekali,” jelasnya.






Dalam pada itu, Streram juga memaklumkan beliau telah dihubungi pegawai Dr. Zaliha pagi tadi untuk pertemuan bagi membincangkan perkara tersebut.


Sumber – MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2024 11:45 AM | Show all posts
kat batu pahat ni ada seketul sekolah kebangsaan di convert ke sekolah tamil
yang lawaknya keliling sekolah tu melayu. yang tamilnya duduk jauh jauh dari situ.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah jenis tamil dan cina jangan risau. Takdenya kena ubah. Kuil haritu pun elok je terpacak dekat usj tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.143027 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list