CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 26370|Reply: 60

[Tempatan] Tandas duduk vs Tandas cangkung

  [Copy link]
Post time 10-7-2024 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tolonglah..
Public toilet kat tempat kita ni memang tak sesuai tandas duduk.
Buat 1 cukuplah. Selebihnya buatlah tandas cangkung. Tempat kita memang sangat tak sesuai tandas duduk.



*Update
Ramai betul yg concern pasal tandas duduk atau cangkung

Begini kisahnya tuan2 dan puan2..
Masa gambar ni diambil aku baru lepas bawak anak aku gi masuk toilet.
Macam aku yang selalu bawak anak2 pergi toilet ni memang aku prefer tandas cangkung. Mudah dan ringkas.

Masa ni ada 3 je toilet tapi semua tandas duduk. Dah beberapa tempat termasuk R&R yang aku jumpa yang langsung tak ada tandas cangkung.

Masaalah tandas duduk ni bagi aku yang selalu bawak anak2 ke tandas ni adalah nak kena cuci dulu seat cover. Tu belum yang jenis seat cover dengan penutupnya berbekas air kencing orang kencing berdiri. Bermaksud kalau nak pakai, nak selesa ibarat kena cuci toilet dulu baru boleh guna.

Sebelum nak duduk, nk kena bukak seluar sepenuhnya sebab nak jaga dari basah toilet seat, terkena kencing atau lantai yang basah. Bila nak bukak seluar, kena bukak kasut sekali dan pakaikan semula.

Itu belum lagi kalau anak2 dah berjoget2 tak tahan nak kencing.

Berbanding tandas cangkung lebih mudah. Seluar cuma buka paras lutut dan cangkung je. Tak perlu susah2 macam pakai tandas duduk. Nak cebokkan pun senang.

Sebagai orang dewasa dan lelaki pun lebih mudah tandas cangkung melainkan yang suka kencing berdiri.

Untuk orang dewasa lelaki pun leceh juga untuk tandas duduk. Kalau tengah tak tahan, tak memasal nak kena cuci seat, nak lap, nak susun tisu, nak bukak seluar semua bagai berbanding tandas cangkung yang ibarat touch n go sahaja.

Aku orang travel. Banyak jenis arrangenment tandas duduk yang aku jumpa. Ada yang siap ada bidet, siapkan sabun dan tisu bersihkan seat cover, ada yang bagi paper utk cover seat.

Aku bukan tak cakna kepada orang tua atau yang sakit yang memerlukan tandas duduk. Tapi aku dah jumpa kat tempat kita ni ada tandas yang semuanya tandas duduk. kalau dalam 10 toilet, buatlah 1/3 daripadanya untuk duduk.

Untuk aku sendiri, takde masaalah langsung pakai tandas duduk. Even kalau tandas yang tak ada air dan cuma tisu sahaja pun aku ok je. Dah tahu how to deal with it.

Konsep tandas duduk ni adalah dry toilet. Memang tak sesuai dengan budaya kita yang cuci guna air. Tahu tak kat luar tu siap ada jual karpet kaki untuk tandas duduk?

Kalau kat Spain atau sesetengah negara eropah lain, akan ada 2 toilet bowl dalam satu toilet. Pernah jumpa?

Dalam hal tandas cangkung atau duduk ni pada aku bukan mindset orang awam yang perlu berubah. Tetapi mindset yang buat toilet tu yang kena ubah. Kena tengok kepada budaya setempat dan keperluan.

Dan lagi, mindset kita ni juga kena diperbetulkan yang tandas duduk ni bukan lambang kemodenan dan ketamadunan. Tetapi menyesuaikan dengan keperluan dan adat setempat itulah sebenar kebijaksanaan.

Bukan anti tandas duduk. Tapi biarlah kuantiti di tempat awam itu disesuaikan dengan kebiasaan, kegunaan dan keperluan. Buat 1/3 duduk dan 2/3 cangkung itu pun kira ok dah..

Sumber FB

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2024 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi ramai sakit lutut..nak bangun seksa guna tandas cangkung ni, terutamanya org2 tu.  
Tandas duduk boleh je di improve kan daaari segi kebersihan.. bidet hos tu boleh je pasang dan disangkutkan tinggi, jadi takde la hos tu jatuh ke lantai
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku yang cangkung lebih lawas sebenarnya.tpi klau yng duduk boleh memulas perut sambil merokok,main game.klau lupa bawak 2 benda alah tu kira la kau mozec tiles sorng2.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai pilih yg duduk..yg cangkung susah sikit kalau yg berisi sikit nih
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau ingat anak kau sorang je ke nak pakai tandas awam ni. Warga emas nak guna tandas cangkung tergolek org tua tu weh.. Cangkung2 tak boleh bangun.  Kau hanya kena bersihkan je seat tu nak bagi anak kau sendiri pakai pun complain banyak. Poodah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Asalkan berak kencing tak bersepah.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2024 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
"pokcik dh tua nak..nak mencangkungnya..seksa la nak"-Pokcik
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bottombikini at 10-7-2024 08:49 PM

sejak mengalami kecederaan ankle
tandas duduk sgt la diperlukan oleh seorang aku

cumanya tak suka kalau ada yg tutup cover di public toilet
sbb kalau ditutup maknanya ada harta karun!
korang kalau nak tutup2, buat kat rumah je okeh
public toilet or RnR - jangan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2024 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul tu. Tandas awam kat malysia ni bykkn lah jenis cangkung. Stress aku bila dh nk terkencing sgt masih dok kena gigil tahan sb kena cuci seat, pastu nk kena pastikan pakaian tak kena seat..ehhh dari elok2 boleh masuk dlm lubang, terkencing dlm suar pulak..cinabeng
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tandas jepun uols
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Berat ai 80kg tak mampu nak cangkung lama. Nak cebok pun seksa. Sekian. Ai pilih yg duduk. Sanggup bersihkan sebelum guna.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau public toilet,lebih rela beratur kat tandas cangkung sbb tandas duduk selalunya kotorr bethol seat dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk aku kaki xbrp elok ni, tandas duduk lah. Kene la basuh2 dulu ape ptt sblm tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2024 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Duduk
Kat rumah ada stool so kaki bengkok sikit senang teran
Yg penting tandas kering tapi duk rumah kecik payahla huhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2024 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
betul la tu kena ada yg cangkung dgn duduk
jgn la bt duduk semua

lg satu jgn la merokok dlm cubicle tu
org tgh seksa tahan nak terkucil, tandas penuh
rupanya tgh sedap merokok dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2024 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat airport & hotel2 pun dah buat bidet direct dari bowl. Untuk kurangkan basah kat lantai. Benda gini nak tak nak terpaksa lah adapt, adab kita guna toilet tu yang kena ubah. Jadi orang yang bertanggungjawab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2024 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bungatulip1171 replied at 10-7-2024 07:35 PM
Ai pilih yg duduk..yg cangkung susah sikit kalau yg berisi sikit nih

pewut six packs ler ni yer
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2024 07:36 PM | Show all posts
tu pasal kalau berada kat msia ni aku malas nak berjln...
nak kluar pun max 2 hrs...
seblom kluar buang dulu apa patut...
jgn kata public toilet, kat opis pun slalu ada ikan keli....
ni sejak dua menjak ramai intern protege la ni..
dasar bbnu pemalas..
time covid dulu heaven...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2024 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak dah tua dekkk… akak vote tandas duduk dek. Kau nak cangkungtonggeng kau punya pasallah dek.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2024 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau orang malaysia dengar cadangan anjing sekor ni supaya banyakkan tandas cangkung, akak protes akak berak kat sinki jah sissy.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-7-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.071316 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list