CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13196|Reply: 5

‘Beta tidak teragak-agak tarik keluar Selangor FC daripada Liga Super’ - Sultan Selangor

[Copy link]
Post time 26-6-2024 11:31 PM | Show all posts |Read mode






PETALING JAYA – Penaung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa pasukan itu tidak teragak-agak untuk menarik keluar daripada Liga Super untuk tempoh masa tertentu.


Ini kerana titah Sultan Sharafuddin, hukuman yang dijatuhkan Malaysian Football League (MFL) iaitu denda sebanyak RM100,000, bayaran pampasan kerugian ditanggung tuan rumah dan MFL, pemotongan tiga mata serta hukuman menjalankan perlawanan (LS14) tanpa penonton adalah tidak masuk akal.


Malah titah baginda, ia amat berlebihan memandangkan kemenangan telah pun diberikan kepada pasukan lawan.


“Beta kini hanya berperanan sebagai Penaung di dalam FAS.


“Namun jika Beta merupakan peneraju kepimpinan FAS dan Selangor FC, Beta tidak teragak-agak untuk menarik keluar pasukan Selangor daripada Liga Super untuk tempoh masa tertentu,”titah baginda.


Pada masa sama, Sultan Sharafuddin mengingatkan bahawa bola sepak adalah sukan yang digemari dan menyatupadukan rakyat Malaysia berteraskan semangat kesukanan yang tinggi.


“Tindakan-tindakan melampau MFL ini langsung tidak melambangkan semangat ini dan hanya akan merosakkan imej industri bola sepak tempatan serta sokongan orang ramai terhadap sukan yang kita cintai ini.


“Beta ingatkan kepada MFL, buatlah keputusan dengan berhati-hati,”titah baginda.


Terdahulu, Pada 5 Mei lalu, satu kes jenayah serangan asid yang mengancam nyawa telah menimpa ikon bola sepak Selangor dan Malaysia, Faisal Halim.


Beberapa lagi insiden serangan terhadap pemain bola sepak profesional juga berlaku pada minggu yang sama.


Disebabkan itu, Sultan Sharafuddin telah pun memberi perkenan kepada pihak Selangor FC untuk menghantar permohonan penangguhan perlawanan Piala Sumbangsih kerana para pemain Selangor FC masih dalam keadaan trauma dan ketakutan.


Bagaimanapun, pihak MFL telah menolak permohonan penangguhan tersebut dan memberi kemenangan 3-0 serta kejuaraan Piala Sumbangsih kepada pihak lawan.


Sumber -KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2024 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg betul2 dah jadi serius isu ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2: mmg betul2 dah jadi serius isu ...


Mcm ada yg tak puas hati sgt dgn selangor.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedangkan sukan bodo2 kat sekolah pun boleh bawak gaduh.

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat aje liga baru. Ajak sekali team lain.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Apabila sukan buat orang bergaduh bagai, maka haramkanlah sukan bolasepak ni. Sudah banyak sangat kes peminat bola ni bergaduh,hingga bakar stadium.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.064113 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list