CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9092|Reply: 3

Tiada hasrat jadikan Langkawi pulau pelancongan Islam – Sanusi

[Copy link]
Post time 26-6-2024 10:37 PM | Show all posts |Read mode




ALOR SETAR – Kerajaan negeri tidak pernah berhasrat menjadikan Langkawi sebagai pulau pelancongan Islam, sebaliknya mengalu-alukan kedatangan pelancong dari seluruh dunia.


Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, Langkawi tidak memerlukan pendekatan seumpama itu memandangkan pulau berkenaan mempunyai keunikan tersendiri yang menjadikan ia tarikan pelancong.


“Langkawi itu wilayah Kedah, pulau itu Kedah punya, kita namakan Langkawi Permata Kedah ikut suka Kedah nak buat pulau apa tetapi kita tak pernah kata nak jadikan pulau pelancongan Islam. Tidak, siapa nak ‘mai’ pun boleh.


“Perkara ini (pulau pelancongan Islam) tidak pernah dibincangkan pun di peringkat kerajaan negeri. Langkawi adalah 10 pulau terbaik di dunia, itu hakikatnya,” katanya pada Majlis Anugerah Sanjungan Ilmu Peringkat Negeri di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.


Beliau mengulas tentang kenyataan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan yang bercadang untuk menjadikan Langkawi sebagai destinasi pilihan Muslim pada sidang Dewan Rakyat, Isnin lepas.


Mengulas lanjut kata Muhammad Sanusi, isu Langkawi sebagai destinasi pelancongan Islam itu harus dihentikan memandangkan ia menjadi polemik yang tidak sewajarnya ketika kerajaan negeri berusaha memulihkan sektor berkenaan.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2024 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu jadik pulau pelancongan Islam, mana maunya org2 lain nk dtg. Dah itu haram, Ini haram
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 08:37 AM | Show all posts
klu laksanakan mana dugong nak lepak pantai sekitar sana
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Tok Arab pun bercuti ke oversea SBB nak lari dari undang2 negara sendiri. Ni sapa nak pi kalau JD pulau islamik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.051063 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list