CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7543|Reply: 17

[Tempatan] Ramai lebih suka rekaan pakaian Sukan Olimpik guna AI

[Copy link]
Post time 25-6-2024 03:55 PM | Show all posts |Read mode
Ramai lebih suka rekaan pakaian Sukan Olimpik guna AI

https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... an-olimpik-guna-ai/

Oleh KOSMO!
25 Jun 2024, 1:26 pm


Rekaan pakaian Sukan Olimpik negara guna AI yabg dikongsikan oleh Faizal Ahmad dan Afiq Yahaya di Facebook Prompters Malaya.

PETALING JAYA – Media sosial hari ini dipenuhi dengan rekaan menarik pakaian rasmi kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 oleh netizen menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menerusi tinjauan Kosmo! di laman Facebook Prompters Malaya, ramai yang tampil dengan rekaan masing-masing dan berharap agar ia mendapat perhatian pihak terlibat untuk diketengahkan.

“Dipersembahkan oleh Cheapreme Store x Prompters Malaya. Ayuh buktikan rakyat Malaysia kreatif dan inovatif dengan mencipta pakaian rasmi kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan teknologi AI,” kongsi Afiq Yahaya.

“Rekaan baju pasukan Malaysia sekarang tengah panas katanya macam… Google lah sendiri. Apa kata kita kasi sentuhan sikit,” kongsi Faizal Ahmad.

Perkongsian mereka itu mendapat perhatian dan sokongan orang ramai yang menyifatkan rekaannya jauh lebih menarik dan gah.

“Ni lebih baik. Tak la nampak mcm beli kat Pengkalan Kubor ja,” kata Fares Isa.

“Patut reka macam ni, baru bersemangat tengok. ‘Power’ bang,” puji Sidi Omar.

“Cantik sangat. Tolong la hantar rekaan ni kat sana. Dia orang kering idea dah tu. Baju macam hari sukan sekolah tadika,” ujar Izzat Azila.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 dikecam hebat orang ramai ekoran rekaan yang disifatkan agak ketinggalan.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, rata-rata netizen bukan sahaja menzahirkan rasa tidak puas hati, malah ada yang mengatakan ia kelihatan seperti ‘baju budak sekolah’. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2024 04:20 PM | Show all posts
sorry, rekaan AI tak patuh syariah, baju sendat, pendak atas bontot, nampak bayang2 bentuk badan. herlok lagi rekaan asal yonek company kapir, baju labuh, longgar tutup punggung, yg bertudung pon herlok pakai tak nampak bentuk badan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 04:35 PM | Show all posts
kalo boleh undi iols nak vote design yg sluar kaler merah tuh..meletopzz
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita ni olimpik wakili negara bukan harimau malaya.warna bendera la patut menonjol jadah ko nak fefeling les blues maskot rooster segala.aku pun setuju setgh komen yg pertikaikan kaler oren.jadahnya weii?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mom anak tokjib pegang jadi s/u.


Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
S/u kata bajet tak banyak.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2024 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde versi gemukkah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts

  


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2024 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ttiba teringat design logo thn melawat Malaysia yg mjadi bahan jenaka suatu ketika dahulu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg la cantik. Nak print design mcm ni mau kos jadi ratus2 satu set.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa ok jer...tak sarat..simple.
Yang penting performance athlete must be world level lah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 25-6-2024 04:20 PM
sorry, rekaan AI tak patuh syariah, baju sendat, pendak atas bontot, nampak bayang2 bentuk badan. he ...

Jangan nak menyibuk pasal syariah lah. Mau syariah kalu pergi sembahyang jemaah di masjit atau menghadiri majlis ilmu. Isle tidak pernah dan tidak akan mulia dan harum sebab sukan olimpik.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 08:05 PM | Show all posts
Patut pakai aje jubah mcm ni..


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 25-6-2024 08:05 PM
Patut pakai aje jubah mcm ni..

Tutup dengan kain dulu nmpk mcm jubah pastu baru selak. Tengok2 hasilnya hauk.

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Haiti negara miskin cantik hasil photoshootnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa pakai patung? Takde atlet ke, budak2 sekolah sukan yang boleh jadi model kejap ke?
Buat kerja main2 dan asal ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2024 09:50 PM | Show all posts
ultra78 replied at 25-6-2024 08:05 PM
Patut pakai aje jubah mcm ni..

Agak2 nak kalah acara lomba lari, boleh cabut jubah serkupkan ke pihak lawan
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Third party punya kerja punyalah hauk hasilnya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.056078 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list