CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12148|Reply: 0

[Johor] Pelajar tanpa tangan dan sebelah kaki terima Anugerah Insipirasi SPM 2023

[Copy link]
Post time 23-6-2024 07:44 PM | Show all posts |Read mode


How Ann Lok, 48, isterinya Lau Wan Wai, 40, memeluk anak mereka, Xue Qi,18, yang menerima Anugerah Insipirasi pada Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di sebuah hotel hari ini. - Gambar BERNAMA

JOHOR BAHRU: Lahir tanpa kedua belah tangan serta kaki kanan dan bergantung hanya pada kaki kiri untuk melakukan rutin harian tidak menjadi halangan buat How Xue Qi, 18, memperoleh A- bagi mata pelajaran pendidikan seni visual selain lulus semua subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Kejayaan itu membolehkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Daya itu terpilih menerima Anugerah Insipirasi pada Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2024 Negeri Johor yang berlangsung di sebuah hotel di sini hari ini.

Bersyukur dengan anugerah itu, Xue Qi berkata dia amat terhutang budi dengan pihak sekolah, guru, rakan serta keluarga terutama ibu bapa dan kembarnya How Xue Thing, 18, yang sentiasa membantu serta memberi dorongan.

“Cikgu banyak bagi bantuan sebab saya melukis hanya guna kaki kiri dan semasa menunggu keputusan SPM saya takut juga kalau keputusan tidak bagus. Syukur lulus semua subjek dan mendapat A pada subjek yang saya minati.

“Saya memang minat melukis dan mewarna apa sahaja yang terlintas, semuanya datang dari hati,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis itu.

Dalam majlis tersebut 60 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2023 diberikan anugerah yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata dia akan menyambung pelajaran ke tingkatan enam di sekolah yang sama dan bercita-cita menjadi pereka hiasan dalaman rumah suatu hari nanti.

“Diharap kisah saya ini menjadi pembakar semangat kepada mereka yang senasib dan nasihat saya kepada mereka jalani hidup macam biasa, sentiasa gembira serta yakin dengan kemampuan diri,” katanya.

Penerima Anugerah Kecemerlangan bagi kategori Orang Asli, Anna Maria Ahmad, 18, yang memperoleh 5A dan 2B pula berkata dia berasa terkejut dan tidak menyangka akan mendapat keputusan yang baik sekali gus diraikan pada majlis hari ini.

“Saya gembira kerana hasil kerja keras membuahkan hasil dan semua ini juga hasil bantuan guru terutama ketika saya ketinggalan dalam pelajaran kerana ada masalah keluarga.

“Kunci pada kejayaan ini adalah banyak bertanya dengan guru dan rakan sekeliling sekiranya tidak faham. Saya juga banyak membeli buku untuk buat ulang kaji,” katanya yang memperoleh A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Moral dan Pendidikan Seni Visual.

Pelajar SMK Taman Rinting itu berkata dia berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi seterusnya mengejar impian menjadi peguam berjaya suatu hari nanti. - BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.371667 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list