CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10612|Reply: 91

“Kalau Tak Bagi Balik 1 Helai Bulu Pun Makcik Tak Halalkan” – Wanita Dikecam Gara-Gara Tak Puas Hati Pembahagian Daging Korban

  [Copy link]
Post time 21-6-2024 10:55 PM | Show all posts |Read mode




Tular di media sosial sejak semalam mengenai seorang wanita yang melakukan ibadah korban di sebuah masjid terkenal di Sungai Petani meluahkan rasa tidak puas hati dalam isu pembahagian daging korban yang dilakukan pihak masjid.


Dalam hantaran yang dimuat naik Ustaz Yaakub Yusra, salah seorang AJK Masjid Madad Sungai Petani, seorang peserta ibadah korban ada meminta bahagian daging lembu meskipun telah dimaklumkan mengenai pembahagian kepada golongan yang berhak.








Malah, dalam mesej yang dihantar wanita itu, dia mengkritik cara kerja dan juga pembahagian daging-daging lembu korban yang dirasakan wanita itu sebagai tidak adil.








"Ni mak cik nak habaq mak cik nak kaki, nak perut, nak hati, nak paru. Kelmarin kata dalam resit tulis nak daging saja. Hari ini mak cik tulis semua."


"Kalau tak bagi 1 helai bulu pun mak cik tak halalkan. Bukan berkira tapi tegas pada golongan faham agama. Cakap lain buat lain.''


Memberi respon terhadap permintaan wanita itu, Ustaz Yaakub tampil memberi penjelasan mengenai isu itu, malah turut menunjukkan bahagian-bahagian lembu yang dipulangkan kembali seperti telinga, kulit dan sebagainya.





Kata Ustaz Yaakub, setiap peserta perlulah maklum mengenai niat asal dalam mengerjakan ibadah korban.


"Dalam akad kita sudah maklum, 1/3 diberikan kepada penama manakala 2/3 diberikan kepada orang ramai. Ingat kami jual kat market ka?"


"Maka tuan-tuan, kami minta team kami ganti balik, telinga lembu kami bagi balik kat dia, kami bukan nak buat untung..lepas ni dalam akad tengok bagi elok."


Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa terkejut gara-gara melihatkan sikap individu yang tidak memahami erti ibadah korban.


Sumber : Beautifulnara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2024 11:35 PM | Show all posts
adan uke acik kena setepek
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik kalau dah berkira sangat buat je la a sampai z. Dari beli lembu, korban, lapah & pembahagian. Acik ingat orang yg uruskan no x penat ke? Family aku pon buat korban, tapi aku x ambik pon bahagian sebab aku jarang masak daging kat rumah.. biar la orang yang nak ambik. Hati, paru, limpa semua lagi la aku xnak. Leceh nak bersihkan
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 22-6-2024 12:28 AM
Acik kalau dah berkira sangat buat je la a sampai z. Dari beli lembu, korban, lapah & pembahagian. A ...

Betul tu...buat lah semua sendiri kalu nak berkira sgt....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah ikut buat korban berkumpulan. Terkejut aku bila dapat bahagian juga. Kalau masak, boleh makan 20 orang. Aku cakap takpe...tak payah bagi. Tapi ustaz tu cakap tuan yang buat korban tu mesti makan juga sedikit...supaya lembu tu nanti kenal si yang berkorban. Wallahu'aklam

Plastik yang bahagian aku tadi tu aku serah pada seorang abang yang ada masa tu. Alhamdulillah dia masak buat sup...aku sekeluarga dapat juga merasa
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 22-6-2024 12:36 AM
Betul tu...buat lah semua sendiri kalu nak berkira sgt....

Penat wo buat sendiri. Pernah 1 tahun tu family kitorang kumpul ramai2 & tumbangkan 3 ekor kat rumah kampung. Esoknya semua muka penat, terlepek depan tv. Tu belum lagi part nak kemas2 lepas korban, nak cuci2 pakaian yg bau daging. Sejak haritu memang pakat2 booking dekat surau / korban luar negara
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2024 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain muka setat tak pakai kopiah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 22-6-2024 12:41 AM
Penat wo buat sendiri. Pernah 1 tahun tu family kitorang kumpul ramai2 & tumbangkan 3 ekor kat rum ...

Tau ...ada cousin2 meols yg tetiap tahun tolong korban kat masjid, mmg letih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2024 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
3 tahun lepas, 1st time aku join korban (aku x stay malaysia). Dgn group malaysian sini. 2 ekor lembu. Alhamdulillah ada rezeki, aku n suami amik 5 bahagian. Aku , suami bawak staf2 aku untuk bantu lapah dan potong daging. Penat tapi 1st time buat seronok. Tup2 orang bising pasal aku n staff aku tak reserve kan bahagain daging batang pinaang (loin) untuk geng2 diorang. Sambil zikir rugi rugi. Smua kitorang potong, terus asing2 timbang dalam bekas untuk sedekah kat fakir. Dalam hati aku..hmmm lembu ni 5 bahagian aku punya kot, yg diorang lak bising kenapa..aku niat nak sedekah yg terbaik utk org ..huhu. sejak tu last la aku nak join korban dgn masyarakat.

So tahun lepas dgn tahun ni, aku n suami korban 2 ekor kambing je..pusat sembelihan hantar. Then kitorang dgn staff proses sendiri .agih semua sendiri. Senang hati
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Sheila1987 at 22-6-2024 01:21 AM

Tapi kalau ikut meseg makcik tu bukan mintak bahagian daging. Dia mintak bahagian yg bukan daging tu. Tak tau lah kalau ada meseg sebelum ni yg buat makcik tu marah sampai tulis camtu.

Sebab mak aku selalu buat korban. Dulu kat kampung arwah tok. Seriusly dorang bagi je bahagian tulang, perut, hati, paru dan lain2 tanpa perlu mintak.

Tapi now beberapa tahun ni buat kat taman sendiri. Tulang semua kena mintak. Tak mintak dorang tak bagi.

Disebabkan itu aku pernah cari hukum ambik tulang dan bahagian lain. Jawapan aku jumpa macam tu memang hak milik orang buat korban. Tak boleh ambik tanpa izin. Tak boleh ambik as upah. Upah kena macam bagi duit camtu boleh la. Itu yang aku jumpa lah dulu rasa pernah cari info.

Tapi tu lah, tengok komen even kat fb pon ramai salahkan makcik tu. Sebab ayat dia sama kot. Macam mak aku senyap je lah.

Upadate: Korang cari je info kat google. Makcik tu betol sebenarnya. Tapi tu lah ramai salahkan makcik tu sebab dia tulis wasap camtu kat orang masjid.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Duta lover: 3 tahun lepas, 1st time aku jo ...

Ada tertengok ceramah ustaz kat youtube tu kata korban yang afdal adalah korban kambing sebab nabi Muhammad pun buat korban kambing. Tapi orang malaysia ni nak buat korban lembu sebab suka makan daging lembu dan daging kambing banyak kolestrol.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Itzy at 22-6-2024 01:41 AM
Sheila1987 replied at 22-6-2024 01:12 AM
Tapi kalau ikut meseg makcik tu bukan mintak bahagian daging. Dia mintak bahagian yg bukan daging tu ...


Tengok ayat mak cik tu kasar sangat, tau la nak bahagian dia pun tapi jangan  la pi tuduh ustaz tu bukan2 kata robinhood la, terpaling faham agama la. Kalau ustaz tu marah pun memang patut la. Mereka hilang penat pun tak habis lagi lepas sembelih lapah daging semua tu. Tup2 ada mak cik sekor ni mengamuk marah2 tuduh macam2. Melampau batas sangat ayat mak cik tu. Aku pun kadang2 rasa orang yang buat korban dan suka minta bahagian2 daging tertentu ni sebagai tak ikhlas dalam menunaikan ibadah korban, macam tak pernah makan daging nak berebut2. Patutnya kalau dah dapat daging orang lapah tu, ambik je la apa orang bagi. Kalau dia bagi tak cukup pun halalkan la, semoga jadi pahala berlebih buat kita yang buat korban ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Xtau la makcik tu nk sedekah kt org dia kenal je ke. Tp bg aku klu dh bg ngo/masjid uruskan tutup jela mata , ambil sikit buat berkat je. Ni klu amek semua , baik korban dpn rumah sendiri , upah org sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Sheila1987 at 22-6-2024 01:54 AM
Itzy replied at 22-6-2024 01:39 AM
Tengok ayat mak cik tu kasar sangat, tau la nak bahagian dia pun tapi jangan  la pi tuduh ustaz tu ...


Ya ayat makcik tu kasar. Macam mak aku pon diam ja. Just mintak macam tu je lah. Mana dapat tu dapat.

Tapi aku tau pon pasal hukum ambik bahagian tulang, hati, paru, perut semua tu sebab aku pernah cari. Kalau ikut orang masjid salah sbnrnya. Dorang tak leh ambik semua tu sebab daging korban adalah milik pembuat korban, bukan milik masjid, surau dan seumpamanya.

Sebelum aku komen ni pon aku cari lagi info. Takut aku silap. Tapi betollah apa aku cari. Daging korban adalah milik pembuat korban. Yang cara agih kat kampung arwah tok aku tu lah yang betol. Beza sangat yang dekat taman ni buat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Sheila1987:  Edited by Sheila1987 at t22-6- ...
Sheila1987:  Edited by Sheila1987 at 22-6- ...


Tp kalau ikut paham. Dh akad sblom tu lg.. pihak pgnjur akn bg 1/3 kpd peserta.. 2/3 selebihnya sedekah kt org.. smua dh tertulis ms nk join n masa akad.. kalau ikutkn dh akad.. dh setuju semua xde pertikai dh.. ni lepas dh sembelih pertikai itu ini.. mcm dikata la.. sbelom.. sebelom tu kt receipt dia tulis nk daging je.. pasto dh sembelih nk smua bhagian lak.. madad bukn uruskn utk dia sorg.. 700+.. sbb tu bersistem ada akad.. utk memudhkn pganjur.. itu pndgn sy yg xterpaling beragama la.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 03:08 AM | Show all posts
Insiden begini yg dah terjadi patut dijadikan satu pengajaran d iktibar bagi muslimin yg mahu buat korban pada tahun2 akan datang.  Andai kata sudah niat berkorban, maka berkorbanlah sepenuh hati. Sedeqahkanlah daging korban trs kpd mereka yg berhak. Jika diberikan bahagian atas nama hak, maka terimalah seikhlasya tanpa berkira.  Jgn dinilaikan apa yg dpt dari masjid dgn harga yg sudah dibayar. Nama pun korban, maka berkorbanlah seikhlasnya.  Kalau maukan bahagian2 tertentu, beli ajelah di pasar, pesan kat seller minta reservekan daging fresh, bahagian singa menangis ke, batang pinang ke, tulang rusuk/ekor ke dn bayarlah harganya. Masih mampu kan?
Kecoh2 mcm hal makcik tu sangat mendukacitakan dn menjatuhkan nilai berkorban.
Ikut beribadah dn beramal jika benar kerana Allah seharusnya perkara begitu tak terjadi. Hal daging korban pun masih terlalu berkira ke? Astaghfirullahal azeem.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2024 03:24 AM | Show all posts
Sheila1987 replied at 22-6-2024 01:52 AM
Ya ayat makcik tu kasar. Macam mak aku pon diam ja. Just mintak macam tu je lah. Mana dapat tu dap ...

Aku rasa AJK Masjid yg kendalikan urusan korban ini tau hukum-hakam ttng daging korban. Mereka bukanlah dari kalangan orang2 yg mau ambil kesempatan, mentang2 daging free, maka dipilih bahagian yg best2 untuk diri mereka sendiri.  Sebaliknya bahagian2 sembelihan akan diagih2kan kpd ramai sorang sedikit. Rezeki masing2 oranglah yg dapatnya. Dn yg menerima pun jgnlah sekali2 merungut. P. Ramlee pun dah kata: Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, Itulah kasih mesra, sejati dn mulia.
Bila terjadi kecoh mcm ni, hilang kasih mesra dan tak nampak mulia.
Aduhailah mak cik.  

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Sat macik
Sat akak
Mmg poning macik ni i rasa
Bleh dia hamun senafas kt kt wasap
Dh ada akad, ckp nk daging.
Org bg lah ikut resit yg tertera

Tp nk dgr side macik jgk lah kalau dh alang2 viral ni macik
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Sheila1987 replied at 22-6-2024 01:12 AM
Tapi kalau ikut meseg makcik tu bukan mintak bahagian daging. Dia mintak bahagian yg bukan daging tu ...

iols setuju dgn uols.
mmg gini cara yg sepatutnya..
semua organ termasuk tulang sepatutnya ada pembahagian kpd tuan yg korban tu walau pun sikit..
kecuali awal2 lagi tuan tu tolak tak mau bahagian lain kecuali daging ja
mgkin macik tu suka mkn organ, so dia nk la bhgn dia yg 1/3 tu

yg ustaz pun takyah la buat konten..
terpaling sgt aiihh
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm x pernah mkn daging je makcik...Time bersedekah daging korban ni jgn la berkira kalau dah nama nk bersedekah....malu betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 4330 Replies : 42
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Bercerai | Lagi Update Berita - post #133
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Berce
Views : 77170 Replies : 781
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 276657 Replies : 6858
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 10717 Replies : 75
Hi..Saya Minnie Mouse..
FARRAZOOLHi..Saya Minnie Mouse..
Views : 4654 Replies : 70
Aduhai 6 Jahanam?
piaoAduhai 6 Jahanam?
Views : 14615 Replies : 14
kenapa cik yam lintas jalan
ciskek.lelehkenapa cik yam lintas jalan
Views : 3110 Replies : 21
Memakan belanja RM4,888 seorang murid,sekolah dinasihatkan berpada-pada dengan rombongan sambil belajar ke China
YgBenarMemakan belanja RM4,888 seorang murid,se
Views : 24735 Replies : 25
Miza Ozawa dijel 2 bulan
mojarean_XMiza Ozawa dijel 2 bulan
Views : 15416 Replies : 21
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 15284 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.374921 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list