CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6528|Reply: 4

Acu pistol kepada anggota Kastam, penyeludup lepas 3 das tembakan

[Copy link]
Post time 21-6-2024 10:41 PM | Show all posts |Read mode




TUMPAT – Sekumpulan penyeludup bertindak berani dengan melepaskan tiga das tembakan ke arah lima anggota dan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang cuba menahan mereka ketika menyeludup petrol dan diesel ke Thailand di Pangkalan Haram Pok Mat, Kampung Simpangan dekat sini kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.45 pagi semasa pasukan Operasi Penguatkuasaan (Marin) JKDM Kelantan menjalankan rondaan air di kawasan tersebut.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, anggota bertugas melihat kira-kira 15 buah bot berenjin galah sedang memunggah tong-tong dipercayai mengandungi minyak petrol dan diesel di pangkalan haram itu.

Menurutnya, pasukan operasi merapati bot tersebut sebelum salah seorang pegawai JKDM masuk ke dalam bot enjin galah itu.

“Melihat keadaan itu, penyeludup cuba melarikan diri dengan melompat ke dalam bot rakan mereka yang datang untuk membantu. Ada antara penyeludup itu mengacukan pistol ke arah anggota JDKM sebelum mereka bertindak melarikan diri.

“Semasa sudah berada di tengah-tengah Sungai Golok ke arah Thailand, penyeludup telah melepaskan dua das tembakan ke arah udara dan anggota JKDM,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, pasukan penguatkuasaan JKDM Kelantan cuba menghadang bot anggota untuk melindungi tiga orang pegawai daripada terkena tembakan.

Menurutnya, semasa bot JKDM dan bot milik penyeludup yang sudah dirampas membuat pusingan ke arah Kuala Tak Bai, penyeludup sekali lagi melepaskan satu das tembakan ke arah pasukan operasi.

“Pasukan operasi telah mempercepatkan bot untuk berpusing sehingga menyebabkan bot yang sarat dengan muatan tong petrol tenggelam.

“Anggota bertugas terus bertindak memotong tali bot enjin galah yang membawa tong petrol itu sebelum terus memecut meninggalkan lokasi tersebut,” ujarnya.

Menurut Wan Jamal Abdul Salam, kelima-lima anggota dan pegawai JKDM selamat dalam kejadian itu.

Menurutnya, ancaman-ancaman seperti itu sedikit pun tidak pernah melunturkan semangat warga kerja JKDM dan akan terus komited dalam menguatkuasakan undang-undang.

Sumber – KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2024 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Alasan kukuh untuk madanon selaraskan subsidi ron95 pulak .
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis: Alasan kukuh untuk madanon sel ...


Mampoihhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 12:46 PM | Show all posts
Kastam tak bawak senjata ke semasa operasi. Beraninya nak hadap penyeludup..lengkap senjata.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 03:28 PM | Show all posts
Sebab sek2 kito la diesel naik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.040820 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list