CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5995|Reply: 0

Pemuda Umno: Harga barang naik kerana penyasaran subsidi diesel

[Copy link]
Post time 21-6-2024 10:20 PM | Show all posts |Read mode




Pemuda Umno Malaysia mendakwa kenaikan harga barangan yang berlaku sekarang adalah disebabkan oleh penyasaran subsidi diesel yang bermula pada 10 Jun lalu.

Ketua Pemudanya, Dr Akmal Saleh berkata pihaknya memandang serius pelaksanaan dasar tersebut yang dianggap sebagai tergesa-gesa.

"emuda Umno Malaysia memandang serius langkah kerajaan yang dilihat tergesa-gesa dalam melaksanakan penyasaran subsidi dengan menarik subsidi pukal diesel dan mengapungkan harga diesel mengikut pasaran semasa.

"Kita menyokong polisi penyasaran subsidi tetapi sudah tentu ia perlu dilakukan secara berperingkat," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Pemuda Umno Malaysia di Menara PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, penarikan subsidi ketika era pentadbiran perdana menteri Najib Abdul Razak dilaksanakan secara berperingkat bagi mengurangkan impak ekonomi terhadap rakyat.

"Kalau dulu zaman Datuk Seri Najib menjadi perdana menteri, subdisi ditarik sedikit demi sedikit kerana kita faham keadaan ekonomi negara, kita tahu impak kepada ekonomi negara.

"Jadi, kita mencadangkan kepada kerajaan hari ini, penyasaran subsidi ini perlulah dijalankan secara berkala atau berperingkat agar kita boleh melihat dan mengurangkan impak dan kesan ekonomi terhadap rakyat,” tambahnya lagi.

Pemuda Umno Malaysia berpandangan agar kerajaan perlu mempermudahkan pemberian subsidi kepada golongan sasar dan capaian kepada yang memerlukan dapat disampaikan dengan cepat.

Di samping itu, dia turut meminta agar kerajaan meningkatkan penguatkuasaan terhadap kegiatan penyeludupan diesel.

"Kenyataan menteri ekonomi menyatakan (ada) ketirisan berlaku, jadi kita mohon agensi berkaitan untuk ambil tindakan segera.

"Kalau hari ini masih lagi berlaku (ketirisan), apakah jaminan yang boleh diberikan oleh menteri, kalau kita tarik subsidi, apakah jaminan ketirisan ini tidak akan berlaku?" tambahnya lagi.

Sumber : Malaysiakini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.041498 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list