|
Aktor terkenal Redza Rosli dikhabarkan telah sah bergelar suami kepada wanita pilihannya yang juga pelakon, Bella Hanna dengan sekali lafaz, pada 4.05 petang tadi.
Memetik laporan OhBulan!, pasangan itu telah dinikahkan oleh bapa Bella sendiri, Rosman Abdullah dan disaksikan oleh Jurunikah, Ustaz Mohd Mustaqim Mujahidin.
Difahamkan, Redza telah menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM3,000 berserta lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pihak Bella.
Bagaimanapun, pasangan yang membintangi drama Luruhnya Bunga Cinta itu memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran.
Dalam pada itu, majlis pernikahan yang bertemakan serba putih itu turut diadakan secara sederhana dengan kehadiran keluarga kedua mempelai dan rakan terdekat, di Forest Valley Hall, Cheras.
Antara rakan selebriti yang memeriahkan adalah Adam Lee, Sweet Qismina, Datin Intan Najuwa, Erysha Emyra, Zamarul Hisyam, Diana Rafar, Datin Elvina.
Sumber: OhBulan! |
|