CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7548|Reply: 4

Russia bersedia untuk rundingan damai dengan Ukraine - Putin

[Copy link]
Post time 21-6-2024 10:22 AM | Show all posts |Read mode




MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin, semalam menegaskan Moscow bersedia mengadakan rundingan damai dengan Ukraine pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.


"Atas dasar perjanjian yang dicapai ketika rundingan sukar hampir sebulan setengah di Istanbul dan Minsk... kami bersedia meneruskan dialog dengan pihak Ukraine... tidak kira di mana ia diadakan, di Minsk, Istanbul atau Switzerland... malah esok," tegasnya, pada sidang media di ibu negara Vietnam, Hanoi.


Putin berkata beliau menjangkakan Barat akan menentang inisiatif damainya di Ukraine dan mempersoalkan cadangan Russia itu dengan mendakwa sebagai tidak realistik, manakala tiada pihak yang mengkritik cara sama Ukraine, mengandungi syarat tidak boleh diterima Moscow.


Beliau berkata ahli politik yang waras akan memikirkan cadangan Russia mengenai Ukraine jika mereka mahu menamatkan konflik, sambil memberi amaran keadaan mungkin berubah bergantung situasi di medan perang.


"Saya tidak fikir nihilisme sebegini berhubung cadangan kami akan kekal selama-lamanya. Yang pasti, sesuatu akan berubah, termasuk keadaan kami, bergantung keadaan di lapangan," katanya.


(Nihilisme ialah kepercayaan bahawa semua nilai adalah tidak berasas dan tiada apa boleh diketahui atau disampaikan.)


Portal berita Anadolu Agency melaporkan penegasan Putin bahawa jika Kyiv mengaitkan permulaan rundingan damai dengan pengunduran tentera Russia dari Ukraine, maka rundingan tidak akan berlaku.


Mengenai 'nasib' Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, Putin menjangkakan Zelenskyy akan digantikan Barat pada separuh pertama 2025.


Menjawab soalan mengenai serangan balas Ukraine di wilayah Kharkiv, Putin berkata tentera Russia sedang mempertimbangkan semua senario yang mungkin berlaku.


Mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg mengenai untuk meletakkan pasukan nuklear perikatan dalam keadaan berjaga-jaga, Putin berkata Russia sedang memantau dengan teliti niat sedemikian dan akan bertindak balas secukupnya jika sesuatu berlaku.


Presiden Russia itu juga menyatakan pihak berkuasa negara itu sedang memikirkan perubahan kepada doktrin nuklear kerana 'pihak lawan' menurunkan ambang untuk penggunaan senjata nuklear.


"Ini disebabkan oleh fakta bahawa unsur-unsur baharu muncul ... berkaitan dengan menurunkan ambang untuk penggunaan senjata nuklear. Khususnya, peranti nuklear letupan ultra-rendah sedang dibangunkan. ... ia mungkin tidak menakutkan tetapi kita perlu memberi perhatian kepada perkara ini," tegasnya.


Ditanya sama ada Moscow merancang untuk memasukkan serangan nuklear awal dalam edisi baharu doktrin itu, presiden berkata "tidak perlu," menjelaskan bahawa tentera Russia mampu menangkis serangan lawan "dalam serangan balas."


"Tidak perlu buat serangan awal setakat ini kerana lawan sudah pasti akan musnah dalam serangan balas," katanya.


Mengulas Perjanjian Perkongsian Komprehensif Russia-Korea Utara yang ditandatangani Rabu lalu, Putin hairan mengapa ia dianggap tidak baik di Barat, dengan menyatakan bahawa perjanjian itu mengulangi dokumen 1962 yang telah tamat tempoh.


"Kami hampir tidak mengubah apa-apa dan Republik Demokratik Rakyat Korea mempunyai perjanjian yang sama dengan negara lain," katanya.


Ditanya mengenai klausa bantuan ketenteraan bersama, Putin menegaskan bahawa ia berkuat kuasa sekiranya berlaku pencerobohan tentera terhadap mana-mana negara, dan tidak terpakai dalam konflik Ukraine.


Mengulas mengenai kebimbangan Korea Selatan terhadap perjanjian baharu Russia-Korea Utara, Putin berkata Seoul "tidak perlu risau," kerana di bawah perjanjian itu bantuan ketenteraan hanya boleh diberikan jika ada yang menyerang Pyongyang.


"Setahu saya, Republik Korea tidak merancang pencerobohan terhadap Republik Rakyat Demokratik Korea, bermakna tidak perlu takut dengan kerjasama kita dalam bidang ini," tegasnya.


Presiden Russia memberi amaran kepada Seoul mengenai bekalan senjata ke Ukraine, berkata jika keputusan yang berkaitan dibuat, Moscow akan mengambil langkah yang "tidak akan disukai" oleh kepemimpinan Korea Selatan.


Putin membandingkan sekatan terhadap Korea Utara dengan Pengepungan Leningrad, apabila lebih dua juta orang mati kerana kelaparan ketika orang Jerman menyekat semua bekalan makanan ke bandar itu.


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2024 10:28 AM | Show all posts
Ada baca hari tu syarat rundingan untuk perang tamat, rusia nak ukraine menyerahkan kawasan pro russia yang telah ditawan rusia,  manakala syarat ukraine ialah rusia keluar dari semua temapt diukraine... nampaknya memang susahlah nak ada keputusan.


Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood: Ada baca hari tu syarat rundin ...


Tapi pelik kenapa perang kat ukraine macam tak ada dalam news mainstrem atau socmed..susah jumpa tak macam kat gaza..adakah sebab nato kalah teruk itu sebab tak ada liputan
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 03:05 PM | Show all posts
honey_yayan replied at 21-6-2024 01:28 PM
Tapi pelik kenapa perang kat ukraine macam tak ada dalam news mainstrem atau socmed..susah jumpa t ...

biasalah media barat terutamanya, kalau hal russia dan china yang dominan, diorang buat macam takda apa yang berlaku sesambil jaja kisah buruk russia and china. Iols pon perasan macam dah takda berita pasal ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
honey_yayan replied at 21-6-2024 01:28 PM
Tapi pelik kenapa perang kat ukraine macam tak ada dalam news mainstrem atau socmed..susah jumpa t ...

Nato tak kalah kalau russia sampai ancam nak guna senjata nuklear... Ada ke barat ancam nak guna senjata nuklear
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.043139 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list