CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7218|Reply: 0

Korea Selatan pertimbang semula bekal senjata kepada Ukraine

[Copy link]
Post time 21-6-2024 10:07 AM | Show all posts |Read mode




SEOUL: Korea Selatan yang menjadi antara pengeksport utama senjata, akan mempertimbang semula dasar lama yang menghalangnya daripada membekalkan senjata kepada Ukraine, kata seorang pegawai presiden hari ini selepas Korea Utara dan Russia menandatangani perjanjian pertahanan.


Beberapa jam selepas Presiden Russia, Vladimir Putin mengadakan pertemuan dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, semalam, Seoul berkata pihaknya bercadang untuk mempertimbangkan semula isu penyediaan sokongan senjata kepada Ukraine.


Korea Selatan mempunyai dasar lama yang sebelum ini menghalang negara itu daripada menjual semula senjata ke dalam zon konflik aktif.


Walaupun terdapat tekanan daripada Amerika Syarikat (AS) dan Ukraine supaya mempertimbang semula, Seoul masih berpegang teguh dengan dasar berkenaan.


Pernah menyasarkan untuk menjadi antara negara pengeksport senjata terkemuka dunia, Korea Selatan pernah menandatangani tawaran berbilion dolar untuk menjual kereta kebal dan meriam kepada negara Eropah, termasuk sekutu Kyiv iaitu Poland.


Seoul menzahirkan kebimbangan besarnya terhadap perjanjian Moscow-Pyongyang, di mana kedua-dua negara dikatakan bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama ketenteraan serta ekonomi mereka, termasuk dalam bantuan ketenteraan segera jika menghadapi pencerobohan bersenjata.


Penasihat keselamatan negara, Chang Ho-jin, berkata sebarang kerjasama secara langsung atau tidak langsung yang membantu mengukuhkan keupayaan ketenteraan Korea Utara adalah melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).


"elanggaran dilakukan Russia sendiri terhadap resolusi dan sokongan untuk Korea Utara sudah pasti akan memberi kesan negatif kepada hubungan Korea Selatan-Russia," katanya kepada pemberita.


Ketika berada di Pyonyang, Putin menegaskan Russia tidak menolak kerjasama teknikal ketenteraan dengan Korea Utara, yang dikatakan melanggar struktur sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap rejim Jong Un, berikutan pengharaman program nuklear dan peluru berpandu balisitik. - AFP


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.040200 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list