View: 2902|Reply: 13
|
“Sudah Bersedia Untuk Pelajari Islam”- Perbezaan Agama Bukan Isu Untuk Keith Foo Berkahwin Dengan Riena Diana
[Copy link]
|
|
Pelakon Keith Foo, yang berdarah campuran Cina dan India, tidak menganggap perbezaan agama dengan teman istimewanya, Riena Diana, sebagai sesuatu yang asing dalam kehidupan peribadinya.
Sebaliknya, dia melihatnya sebagai peluang untuk mempelajari dan mendalami agama Islam dengan lebih baik.
“Saya anggap fasa ini adalah proses pembelajaran untuk saya mendalaminya dengan lebih dekat. Lagipun soal agama (Islam) ini bukan sesuatu yang asing dalam keluarga saya, namun ini adalah waktu terbaik untuk kami saling mengenali termasuk aspek lain,” kata Keith.
Beliau juga memohon doa daripada orang ramai agar proses ini berjalan lancar dan membawa keindahan dalam kehidupannya di masa hadapan.
Riena Diana, yang juga seorang pelakon, turut menyambut baik keterbukaan Keith terhadap Islam.
Menurutnya, mereka sering berbincang mengenai perbezaan agama dan dia berasa gembira melihat Keith bersedia untuk mempelajari Islam bukan semata-mata kerana dirinya, tetapi kerana keinginan sendiri.
“Kami ada juga berbual mengenai perkara ini dan apa yang lebih indah adalah dia terbuka hati untuk belajar dan mendalami agama Islam bukan semata-mata kerana saya.
“Sebaliknya dia sendiri yang terbuka hati. Bagi saya selepas saya memilih untuk bersamanya, saya perlu berikan sepenuh tumpuan untuk hubungan ini,” ujar Riena.
Kisah cinta mereka menggambarkan keindahan dalam memahami dan menghormati perbezaan, serta menjadikan perbezaan itu sebagai kekuatan dalam membina hubungan yang lebih kukuh.
Sumber : Murai.my |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Xsangka ye.. tapi comel pulak berdua ni. Semoga yg baik2 je |
|
|
|
|
|
|
|
semoga yg baik2 jer buat uolls |
|
|
|
|
|
|
|
dulu i minat sangat kat keith foo ni.sampai rasa nak cari jodoh macam dia lol..tapi msa dulu-dulu vibe di anampak macam x berminat dgn islam.atas tuntukan kerja belakon je ada scene islamic. apa pun moga dipermudahakn |
|
|
|
|
|
|
|
Why i lebih rasa Keith dan Tyz lagi comel dan sweet? |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga berjodohan lailer & jakfer foo. Ex wife keith pon couple ngan muslim gak kan? |
|
|
|
|
|
|
|
iolss tertinggal bas ker? bila msa pulak dorg bercinta? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada family Keith yang reverted to Islam kan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|