CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1680|Reply: 0

[Sarawak] Status zon perdagangan bebas boleh tarik pelaburan asing ke Miri

[Copy link]
Post time 12-6-2024 08:21 PM | Show all posts |Read mode


Chiew (kanan) bersama Shamsul (tengah) dan Abun (kiri) di meja utama pada majlis makan malam Sabtu lalu.

MIRI: Kerajaan Pusat disaran supaya menarik pelaburan asing ke Miri melalui pelbagai usaha dan inisiatif seperti mewujudkan zon perdagangan bebas atau memberi insentif kepada pelaburan yang akan membantu meningkatkan peluang ekonomi tempatan di sini.

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man berkata, Miri memiliki potensi besar untuk menjadi tumpuan kepada pelaburan asing terutamanya dalam bidang perkhidmatan dan sebagai tempat riadah, sekali gus menjadikan ia sesuai sebagai zon perdagangan bebas.

"Di samping itu, Kerajaan Pusat juga boleh membuka jalinan kerjasama dengan negara Brunei melalui zon ekonomi khas Sarawak-Brunei seperti yang dilakukan oleh Johor dengan Singapura," katanya pada majlis makan malam Sambutan Gawai Perpaduan di sebuah hotel terkemuka di sini, malam Sabtu lalu.

Majlis tersebut dirasmikan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang hadir mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chiew juga turut memohon kepada Kerajaan Pusat supaya menyokong projek mendalamkan delta atau kuala Sungai Baram dari segi peruntukan kerana ia menelan kos yang tinggi, selain bakal merangsang pembangunan industri tempatan seperti perkapalan, pengangkutan laut dan menjadi pangkalan bekalan utama khususnya bagi industri minyak dan gas di luar pantai.

"Projek memperdalamkan delta Kuala Baram ini dijangka akan mengubah Miri menjadi hab ekonomi selain Bintulu apabila ia siap kelak.

"Saluran akses yang cetek di Delta Kuala Baram pada masa ini amat sesak dengan aktiviti pengairan, tetapi dengan rancangan pengorekan yang teliti, lebih banyak bot dan kapal akan dapat berlabuh di Pelabuhan Miri," katanya.

Dalam perkembangan lain, Chiew turut meminta Kerajaan Pusat supaya menyegerakan kelulusan projek menaik taraf Lapangan Terbang Miri (LTM) yang amat dinanti-nantikan.

"LTM merupakan lapangan terbang yang ke-6 paling sibuk di Malaysia dan telah beroperasi melebihi kapasiti asalnya sejak tahun 2014.

"Memandangkan LTM juga merupakan lapangan terbang utama yang menghubungkan ke kawasan pedalaman, projek menaik tarafnya telah diakui penting dan diberi keutamaan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia dalam mengangkat projek ini untuk kelulusan Kerajaan Pusat.

"Walau bagaimanapun, sudah lama rakyat Miri menanti-nantikan tetapi projek ini masih belum lagi diluluskan," katanya lagi.

Beliau juga turut memaklumkan mengenai projek penambahbaikan dan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujuh di Kuala Baram, yang merupakan salah satu pintu masuk utama dari negara Brunei ke Malaysia melalui bandar raya Miri.

"Oleh itu, penambahbaikan dan penaik tarafan ICQS Sungai Tujoh amat penting kerana bukan sahaja dapat membantu merangsang ekonomi tempatan tetapi juga mendatangkan sumber pendapatan negara," tambah beliau.

"Kita memang berupaya untuk mengubah Miri menjadi satu hab ekonomi utama di utara Sarawak. Saya dengan rendah dirinya memohon sokongan daripada Datuk Seri supaya projek dan dasar yang dinyatakan di atas ini mendapat kelulusan daripada pihak Kerajaan.

"Saya juga memohon jasa baik Datuk Seri untuk membawa hasrat rakyat Miri ini kepada perhatian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, supaya dapat mengumumkan berita baik buat rakyat Miri dalam Belanjawan 2025 nanti," katanya lagi.

Turut hadir pada majlis anjuran Persatuan Pewaris Miri itu ialah Ahli Dewan Negara Senator Abun Sui, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak Roland Engan yang juga pengerusi penganjur majlis makan malam Sambutan Gawai Perpaduan 2024.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.053702 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list