CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4412|Reply: 0

KL City enggan ulangi kesilapan sama

[Copy link]
Post time 11-6-2024 04:18 PM | Show all posts |Read mode

JOSUE (kiri) dan Zhafri (dua dari kini) antara enam pemain KL City yang ini bersama skuad Harimau Malaya. FOTO FB FAM

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC, Miroslav Kuljanac menuntut barisan pemainnya tidak mengulangi kesilapan sama apabila berdepan Kuching City FC di pusingan 16 Piala FA di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Jumaat ini.

Terikat 1-1 dengan Kuching City dalam aksi pertama Liga Super di gelanggang sama, 12 Mei lalu, Kuljanac berharap setiap pemain melaksanakan tugas dengan lebih bijak dalam misi menempah tiket ke suku akhir Piala FA.

Malah, dia perlu bersedia dengan pelan B memandangkan kecederaan yang dialami tonggak utama, Kamal Azizi selain tujuh pemain terbabit tugasan bersama skuad kebangsaan.

"Kalau kita tengok aksi Liga Super, kami seri dan selepas itu kalah dengan pasukan hebat (Johor Darul Ta'zim). Kami sebenarnya boleh jadi lebih baik daripada itu.


"Namun anda sendiri tahu kami ada enam pemain tempatan dan seorang pemain import yang bermain untuk skuad kebangsaan.

"Jadi semuanya tujuh pemain yang tiada dengan pasukan sekarang ini selain ada pemain yang cedera.

"Saya akan lihat bagaimana keadaan mereka dan berharap masih ada masa untuk semua pemain kembali serta kekal cergas untuk beraksi dengan kelab.

"Ia perlawanan sukar menentang Kuching City, tetapi dalam masa sama kami boleh perbaiki beberapa taktikal termasuk kesilapan individu yang tidak boleh diulangi lagi dalam aksi itu nanti," katanya.

Enam pemain KL City yang kini bersama skuad Harimau Malaya termasuk penjaga gol, Azri Ghani, Paulo Josue, Haqimi Azim Rosli, Zhafri Yahya, Brendan Ghan dan Declan Lambert manakala Patrick Reichelt beraksi untuk skuad kebangsaan Filipina.

Untuk rekod, KL City adalah naib juara Piala FA musim lalu apabila tewas 0-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) di pentas akhir.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... angi-kesilapan-sama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.050432 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list