CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 6791|Reply: 1

[Selangor] Basuh kulit telur sebelum masak elak risiko tercemar

[Copy link]
Post time 11-6-2024 03:52 PM | Show all posts |Read mode

Grafik keselamatan makanan berkaitan menu telur mata yang dikongsikan PHM di Facebook, hari ini.

PETALING JAYA – Telur ayam terutamanya telur separuh masak atau telur mata sangat bahaya jika tidak dimasak dengan betul kerana risiko kehadiran bakteria Salmonella yang boleh membawa maut.

Public Health Malaysia (PHM) dalam kenyataannya berkata, ketika penyediaan menu berkenaan, kulit telur perlu dibasuh di bawah air mengalir untuk memastikan ia bebas najis sebelum dimasak.

Tegas PHM, bakteria Salmonella boleh menyebabkan keracunan makanan serius dan boleh menyebabkan kematian.

“Pastikan capai suhu serta masa memasak yang betul dan cukup untuk pastikan semua bahagian makanan masak serata iaitu tidak ada bahagian yang mentah atau separuh masak.

“Jika menyediakan dalam kuantiti banyak dan akan dihidangkan lewat, elakkan menyediakan menu telur mata separa masak kerana bakteria dalam telur mata ada tempoh masa yang banyak untuk membiak,” jelas PHM.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan maut selepas mengalami cirit-birit akibat makan makanan yang dibawa pulang dari sebuah program sekolah agama di Gombak, Sabtu lalu.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula tidak menolak kemungkinan keracunan yang mengakibatkan kedua-duanya adalah disebabkan telur mata.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, beliau telah mengeluarkan arahan agar menghentikan perkhidmatan bekalan makanan disyaki mempunyai kaitan dengan kes kematian tersebut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... ak-risiko-tercemar/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2024 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn makan telor yg dah expired
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.089035 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list