CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4553|Reply: 0

[Pulau Pinang] Firma semikonduktor AS bina kilang Super Center di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 11-6-2024 12:23 PM | Show all posts |Read mode
Firma semikonduktor AS bina kilang Super Center di Pulau Pinang


Oleh Alzahrin Alias - Jun 11, 2024 @ 11:57am [email protected]




MKS Instruments Inc (MKSI).





KUALA LUMPUR: MKS Instruments Inc (MKSI), penyedia semikonduktor global yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) bakal membina kilang Super Center baharu di Pulau Pinang.

Langkah MKSI itu akan mengukuhkan lagi pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia, sekali gus melonjakkan kedudukan negara dalam sektor semikonduktor.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MKSI, Dr John TC Lee, berkata pembinaan kemudahan baharu itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa dengan pecah tanah dijangka bermula pada awal 2025.

Beliau berkata, kemudahan Super Center itu berupaya menyokong pengeluaran peralatan fabrikasi wafer bukan saja di peringkat serantau tetapi global.

MKSI, katanya mempunyai sejarah yang membanggakan dalam inovasi dan ciptaan yang telah membentuk evolusi industri utama.

"Dengan jarak yang dekat dengan pelanggan dan pembekal kami serta infrastruktur teknologi yang mantap, Pulau Pinang adalah rumah kepada ekosistem semikonduktor yang kukuh.

"Memperluaskan perniagaan kami di Malaysia adalah peristiwa penting bagi syarikat ketika kami berusaha untuk meningkatkan keupayaan sebagai peneraju dalam rangkaian pembuatan semikonduktor," katanya dalam satu kenyataan bersama.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata negeri itu mempunyai kapasiti dan keupayaan untuk menyokong keperluan peserta industri dalam teknologi generasi akan datang serta strategi pertumbuhan.

Beliau berkata, sejajar dengan wawasan Pulau Pinang untuk melonjak dalam rantaian nilai semikonduktor global, MKSI membuka peluang dalam pembuatan semikoduktor, yang mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi bagi tenaga kerja tempatan.

"Saya gembira kerana MKSI memilih untuk menempatkan kemudahan baharunya di sini dan berharap syarikat ini akan dapat meraih banyak manfaat daripada operasi di Pulau Pinang, Silicon Valley Timur," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid, berkata keputusan MKSI membina kemudahan baharu di Malaysia mencerminkan reputasi negara yang semakin meningkat sebagai destinasi utama untuk pelaburan teknologi canggih.

Beliau berkata, kemudahan baharu ini menyerlahkan daya tarikan Malaysia sebagai hab strategik untuk inovasi dan pembuatan.

Katanya, ia mencerminkan keyakinan syarikat terhadap tenaga kerja berkemahiran tinggi negara dan persekitaran perniagaan yang menggalakkan.

"Malaysia dilimpahi dengan aliran bakat dan sumber yang kaya, menjadikannya sebuah lokasi yang sesuai untuk syarikat berteknologi tinggi seperti MKSI mengembangkan operasi mereka.

"MIDA percaya aktiviti syarikat dalam pasaran semikonduktor akan meningkat dengan ketara serta dapat mengukuhkan keupayaan proses pembuatan di Malaysia.

"Ia sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, menandakan satu langkah penting dalam membina masa depan yang lebih kukuh untuk sektor pembuatan," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.035217 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list