CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8126|Reply: 0

[Sarawak] Enam sekeluarga panik, kenderaan keluar asap sebelum terbakar

[Copy link]
Post time 9-6-2024 07:55 PM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba memadam kebakaraan sebuah kenderaan hari ini. - Gambar BBP Betong

BETONG: Enam sekeluarga panik selepas menyedari kenderaan dinaiki mereka mengeluarkan asap sebelum terbakar dalam kejadian di Pentik, Skrang, Jalan Pan Borneo di sini hari ini.

Kejadian disedari oleh pemandu kenderaan dari belakang melihat kepulan asap keluar dari kenderaan di hadapan yang juga keluarga mereka lalu menghubungi mangsa.

Mangsa kemudiannya memberhentikan kenderaan di bahu jalan lalu keluar dari kenderaan mereka untuk menyelamatkan diri.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) 1 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong Abang Muhd Fhazil Abang Abdul Manaf berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.09 pagi memaklumkan kejadian itu.

"Ketika sampai di lokasi kejadian mendapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah kenderaan dipandu mangsa dalam perjalanan dari Simunjan menghala ke Sarikei.

"Enam mangsa berjaya keluar dari kenderaan menyelamatkan diri dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan," katanya.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran satu nozel air dari tangki jentera sehingga selesai.

"Kami mengambil masa 17 minit memadamkan api yang memusnahkan keseluruhan kenderaan tersebut. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," jelasnya.

Dalam pada itu, Abang Muhd Fhazil turut berpesan kepada pengguna jalan raya agar melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan sebelum memulakan perjalanan jarak jauh.

"Pemilik kenderaan perlu melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan setiap masa apatah lagi jika kenderaan sudah lama, sebelum memulakan perjalanan jarak jauh yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan keluarga mahupun pengguna jalan raya yang lain.

"Keperluan khas yang amat perlu dimiliki pemilik kenderaan ialah sekurang-kurangnya satu unit alat pemadam api dalam kenderaan masing-masing," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.041299 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list