CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4827|Reply: 0

Bunga Raya 15s azam tebus maruah

[Copy link]
Post time 9-6-2024 04:16 PM | Show all posts |Read mode

NASHARUDDIN Ismail. FOTO IHSAN KESATUAN RAGBI MALAYSIA

Kuala Lumpur: Selepas tumpas dua perlawanan dalam Kejuaraan Ragbi Asia (ARC) 2024, skuad negara tekad untuk menebus kembali maruah pada aksi terakhir berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 21 Jun ini.

Menurut ketua pasukan, Nasharuddin Ismail, mereka menyedari bahawa UAE mempunyai kelebihan dari segi pemain naturalisasi namun ia tidak mustahil untuk mencatat kemenangan sekali gus kekal di divisyen premier.

"Ketika mereka berdepan Hong Kong juga tewas dengan jaringan besar, jadi saya rasa peluang antara kami dengan mereka ialah 50-50. Bagaimanapun, pada aksi berkenaan siapa yang mendominasi dia akan menang," katanya.

Ujarnya, mereka menyedari bahawa UAE mempunyai fizikal lebih besar namun dia percaya jurulatih (Farid Syazwan Abu Bakar) mempunyai percaturan dari segi kepantasan dan taktikal.


"Apa pun kami serah kepada jurulatih untuk mencaturkan taktikal berdepan UAE," katanya kepada media selepas tamat aksi bertemu Hong Kong semalam.

Dalam aksi semalam di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Skuad Bunga Raya 15s tumpas 6-70 kepada Hong Kong, kekalahan kedua selepas tumpas 5-55 Korea Selatan minggu lalu.

"Alhamdulillah kami tidak menyerah kalah sepanjang 80 minit menentang Hong Kong. Sangat membanggakan walaupun kalah dengan margin tinggi. Kami bersyukur pemain tidak mengalami kecederaan serius.

"Dari sudut persiapan kami mungkin boleh buat lebih baik. Mungkin Hong Kong mempunyai kelebihan dari segi fizikal, perkara itu tak boleh nafikan," katanya.

Tambah Nasharuddin, aksi bertemu Hong Kong menyaksikan mereka mempamerkan permainan lebih berkualiti berbanding ketika berdepan Korea Selatan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... s-azam-tebus-maruah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.038810 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list