CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5557|Reply: 1

[Tempatan] RM7,313 lesap selepas isi pautan beli barang dalam talian

[Copy link]
Post time 9-6-2024 10:19 AM | Show all posts |Read mode
JEMPOL - Seorang ibu tunggal kerugian RM7,313.85 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai kakitangan Shopee.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa yang juga jurujual berusia 28 tahun telah menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan Shopee pada Sabtu.

"Lelaki itu bertanyakan tentang produk kecantikan yang mangsa pilih di dalam aplikasi Shopee.

"Mangsa beritahu ingin membeli produk tersebut dan suspek menghantar beberapa pautan untuk diisi melalui aplikasi WhatsApp," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, mangsa telah mengisi butiran pada tiga pautan yang dihantar.

Bagaimanapun katanya, sebaik mangsa menyemak akaun banknya, dia mendapati baki wang simpanannya berkurangan sebanyak RM5,346.

"Mangsa kemudian menyemak pula baki E-Wallet dan dapati berkurangan sebanyak RM1,000. Ketika itu mangsa baru menyedari dia ditipu," katanya.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli, 9 Jun 2024)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2024 10:29 AM | Show all posts
kena ajar, kalau jenis2 tak peka sangat ni, asingkan saving account dengan yang nak guna untuk apa2 beli/bayar online.... kalau leceh buat akaun kedua, kalau ewallet tak pandai, prepaid card pun ada...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.042882 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list