CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3452|Reply: 18

Jika ada rakyat Malaysia tak boleh berbahasa Melayu, itu satu 'dosa': Prof Madya Dr Ramalingam

[Copy link]
Post time 7-6-2024 04:07 PM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR: Tidak salah untuk menguasai bahasa asing, tetapi rakyat Malaysia seharusnya fasih bahasa kebangsaan.


Itu penegasan Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof Madya Dr R Ramalinggam yang menjelaskan, bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan menjadi lambang jati diri.


"Kalau ada rakyat negara ini tidak boleh berbahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu, bagi saya itu satu dosa. Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) tidak sepatutnya menjadi sebab ramai tidak menguasai bahasa kebangsaan.


"Ini kerana bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan, menjadi lambang jati diri dan bangsa," katanya yang juga Pensyarah Pusat Kajian Undang-Undang Malaysia dan Perbandingan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Beliau berkata demikian ketika tampil dalam program Suara dari Anjung Dewan Bahasa: Bahasa Melayu dan Kewarganegaraan di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), hari ini.


Seorang lagi ahli panel, Prof Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz pula mencadangkan mereka yang memohon kewarganegaraan Malaysia perlu diuji soalan lebih sukar dalam ujian penguasaan bahasa Melayu, termasuk elemen yang menguji pengetahuan berkaitan nahu, istilah tertentu serta lain-lain.


Pakar perundangan dan perlembagaan itu menyifatkan tahap soalan ujian penguasaan bahasa Melayu ketika ini terlalu rendah dan membuatkan calon lulus mudah.


"Skop soalan mudah itu tidak pernah dipinda sejak Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Persekutuan 1957 yang ketika itu bertujuan memudahkan calon, terutama warga emas lulus ujian menjadi warganegara.


"Bagi saya, berdasarkan keadaan semasa, tahap kesukaran ujian itu perlu dipertingkatkan kerana pengetahuan calon dalam bahasa kebangsaan penting. Ia kerana kewarganegaraan hanya boleh dipohon melalui dua kaedah, iaitu secara pendaftaran atau secara naturalisasi.


"Secara pendaftaran, misalnya dengan perkahwinan dan secara naturalisasi, apabila seseorang berusia 21 tahun boleh membuat permohonan menjadi warganegara Malaysia," katanya.


Shamrahayu berkata, seseorang tidak fasih atau tidak berupaya berkomunikasi dalam bahasa Melayu tidak boleh dilucutkan kewarganegaraan, sekali gus peraturan berkaitan bahasa perlu dipinda dalam proses permohonan menjadi warga negara Malaysia untuk menyesuaikannya dengan keadaan semasa.


"Mengikut Perlembagaan, permohonan kewarganegaraan boleh dibuat melalui pendaftaran dan secara naturalisasi. Dalam kedua-dua kategori ini, pemohon memerlukan satu pengisytiharan bahawa mereka akan taat setia kepada (undang-undang) Malaysia dan ada kelayakan boleh berbahasa Malaysia.


"Ia tidak mengatakan bahasa Melayu sebagai syarat atau perlu fasih (bahasa Melayu), cuma menyatakan seseorang itu boleh berbahasa, boleh mengamalkan adat resam masyarakat negara ini," katanya turut menjelaskan, syarat naturalisasi memerlukan pemohon bermastautin di Malaysia tidak kurang 10 tahun.


"Jadi sekiranya seseorang itu tidak fasih atau tidak boleh berbahasa Melayu, tidak menjadi satu sebab untuk melucutkan kewarganegaraannya," katanya.


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2024 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Lu olang lu olang..itu pun cakap melayu maaa...-TERtaip C
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 04:11 AM | Show all posts
Edited by clueless_gamer at 8-6-2024 04:19 AM

sebenarnya ramai je non malay yg fluent BM ni.. cuma ada slang lah
korang jugak yg cakap pelat dengan diorang, tanya bm ko jawab bi.. konon takut dia tak faham

sampai kesudah pelat kawan tu

belah melaka tu ada baba nyonya, belah kelantan terengganu tu mmg dah pure bunyi dia.. belah utara belah selatan tu.. sabahan/swk pun fluent jetakde masalah.. cuma geng banana kl ni je yg sombong sikit.. atau prc yg baru sampai tu pun ada juga usaha nak belajar


Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 07:15 AM | Show all posts
Tahniah Dr. Rama kerana sentiasa memperjuangkan Bahasa Melayu dan tidak lupa jati diri. Orangnya sangat beradab dan berilmu serta disenangi ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Pendatang haram Bangla, Rohingya, Myanmar & Paki tersenyum sinis . Dorang baru beberapa bulan masuk haram ke Malaysia, dah lebih fasih berbahasa Melayu/Malaysia daripada type C rakyat Malaysia sendiri yg gigih teriak2 Malaysian Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa mcm kat negara yang respect bahasa dorang mcm kat Europe nak apply long stay visa apalagi ambik citizenship, PR kena pergi class bahasa sampai 6 bulan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2024 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Itulah beza org yg ada akal fikiran dan semangat patriotik dgn org ego perangai zaman paleotik... kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 08:39 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 9-6-2024 08:48 AM

Sudahilah ... Janganlah anda terus menerus membodohi diri anda sendiri ....bagaimana mungkin orang atau bangsa lain yang bukan melayu boleh menghormati dan menghargai bahasa melayu anda jika orang melayu sendiri X mampu dan masih enggan serta X mahu menghormati bahasanya sendiri dengan menaikkannya  ke level bahasa yang bernilai ekonomi tinggi dan menjadi bahasa ilmu pengetahuan (science dan technology) .....

Jika memang X mampu dan gagal total  melakukan hal di atas ... mengapa masih malu menggunakan bahasa inggris sebagai bahasa utama dan rasmi untuk semua komunikasi di negara anda ... bukankah..... walaupun bahasa melayu telah ditetapkan sebagai bahasa kebangsaan ... tetaplah bahasa inggris masih terus digunakan  secara meluas sebagai bahasa segala untuk urusan rasmi di mana-mana ...


Bukankah lebih BERPRESTIGE dan membuat anda lebih BANGGA dan LEBIH DIHORMATI  jika anda bernaung di bawah ALAM BRITANIA RAYA dan juga Serampan Serumpun dengan banyak negara dibawah naungan Alam Britania Raya  atau COMMONWEALTH dibandingkan di bawah naungan ciptaan virtual dan dongeng ALAM MELAYU selama ini .....Hehehehe   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2024 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
clueless_gamer replied at 8-6-2024 04:11 AM
sebenarnya ramai je non malay yg fluent BM ni.. cuma ada slang lah
korang jugak yg cakap pelat denga ...

Ada sorg apek kat area rumah aku ni. Kami kenal thru fb. Masa dok chat dlm fb dgn dia, bm dia bagus. Ada sekali tu dia tulis nk chat in BI sb BM dia teruk, iols kata elok je BM ko apek.
One day dia dtg rumah iols, masa bersembang tu baru lah iols paham knp masa chat dlm fb dia kata bm dia teruk. Rupa2 nya bm lisan dia mmg teruk sgt lah dgn tatabahasa tunggang langgang. Tp penulisan dia mmg bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju
Rakyat perlu tahu dan gunakan bahasa rasmi sesebuah negara yang berdaulat
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju.

Takkan korang lagik bodoh dari nenek aku yang tak sekolah? Dia yang hidup di hutan pedalaman Borneo pun boleh cakap basic BM, boleh faham BM ngan lancar baca Bible BM.

Yang korang non Melayu dah ambik BM dari tadika sampai Tingkatan 5 siap masuk U etc kasitau aiol kenapa boleh bodoh sangat BM?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Weh..bangla pun fluent malay tau...yg plik bangsa yg dh lme ad kt malaysia ni..x pandai2 ckp bm.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 12:27 PM | Show all posts
mamat bosnia ni pon boleh ckp melayu




minah tajikistan ni cakap melayu loghat utara



Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ahriman at 9-6-2024 01:27 PM
ChildrenOfBodom replied at 9-6-2024 12:27 PM
mamat bosnia ni pon boleh ckp melayu




Selalunya bosnian pandai bertutur bahasa melayu iols speku pelarian perang bosnia yang Tun M bawak dtng ke Malaysia.teringat iols pada video pakcik sujimy lawat wanita bosnian pandai ckap melayu.dia pon pelarian perang bosnia kalau tak silap.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahriman replied at 9-6-2024 01:21 PM
Selalunya bosnian pandai bertutur bahasa melayu iols speku pelarian perang bosnia yang Tun M bawak ...

Mamat bosnia dlm tu rasanya lahir kt mesia. Lahir dlm thn 1996..time perang bosnia baru tamat kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Apalah reti duduk malaysia tapi tak reti nak cakap malaysian. Nak sangat cakap bahasa ibunda sampai membangkang di era milenium ni, tu baru boleh pakai frasa balik negara asal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2024 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 9-6-2024 08:39 AM
Sudahilah ... Janganlah anda terus menerus membodohi diri anda sendiri ....bagaimana mungkin orang a ...

Keep your stupid opinion to yourself. Aku yg pure sarawakian tak hingin nak duduk under indonesian gov. I’m representing MAJORITY of my people. Don’t waste your time nak hasut sarawakian/sabahan. Despicable and imbecile. Rubbish opinions too.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je org ulu sabah sarawak tak boleh cakap melayu...nak kata diorang bukan Malaysian ke?

Tu yg import2 main bola tu bole ka cakap melayu fasih?

Isu ni mudah, memang sengaja nak target komuniti tertentu. Jelas kalau xde keikhlasan, hanya menanam rasa benci.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 03:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 1.198896 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list