CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3413|Reply: 5

[Pulau Pinang] Malaysia bersama 194 negara anggota WHO tandatangan IHR

[Copy link]
Post time 7-6-2024 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia bersama 194 negara anggota WHO tandatangan IHR

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

07 Jun 2024 02:08pm








Dzulkefly (empat dari kiri) menandatangani plak ketika merasmikan Klinik Kesihatan Air Putih, Balik Pulau pada Jumaat.




BALIK PULAU - Malaysia bersama 194 negara telah menandatangani Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) di Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-77 di Geneva, Switzerland pada 1 Jun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kesemua negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu telah sepakat namun ia bukan merupakan satu keputusan yang muktamad atau tuntas.



Menurutnya, kesemua wakil negara anggota telah diberi 'cooling period' selama 10 bulan untuk kembali menyatakan pandangan selepas penelitian dilakukan.

"Kita telah pun bersama-sama 194 negara anggota WHO telah memulakan rundingan sejak sekian lama. Akhirnya pada 1 Jun lalu, kita bersepakat dengan semua negara lain untuk menandatangani.



"Bagaimanapun, ia tidak bersifat muktamad atau tuntas. Kita diberi 10 bulan sebagai 'cooling period' untuk kembali menyatakan apa pandangan yang telah diteliti di negara masing-masing.

"Dalam erti kata lain, apa yang ditandatangani baru baru ini bukan satu yang bersifat 'final' dan akan kembali dibincangkan dalam beberapa siri perjumpaan di peringkat seluruh negara anggota," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Klinik Kesihatan Air Putih di sini pada Jumaat.

Tambah beliau, kesemua negara termasuk Malaysia telah membawa balik draf yang telah dimeterai untuk dibincangkan sebelum membuat keputusan.

"Boleh kata tiada keputusan akhir yang konklusif sifatnya, bukan muktamad lagi.


"Sebab itu kita perlu 10 bulan untuk membuat sebarang maklum balas. Itu yang kita capai," katanya.

Sebelum ini, pelbagai pihak antaranya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menuntut kerajaan turut membantah Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA ) dan pindaan Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) kerana dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti untuk dilaksanakan dalam semakan Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) serta perjanjian pandemik.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2024 12:37 PM | Show all posts
Edited by PembacaSenyap at 12-6-2024 12:47 PM

Mod @sfhzuraz, kenapa thread ni bukak kat sini ya? Tak bukak kat isu semasa? Bole ke move ke sana? Lebih banyak perbincangan klu kat ci. Kat sini mcm tersorok je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2024 12:44 PM | Show all posts
PembacaSenyap replied at 12-6-2024 12:37 PM
Mod sfhzuraz, kenapa thread ni bukak kat sini ya? Tak bukak kat isu semasa? Bole ke move ke sana? Le ...

sy buka disini atas kapasiti berita ni berlaku di penang.
itu saja.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2024 12:46 PM | Show all posts
sy x pikir sesuai utk move ke ci kerana berita ni berlaku 7hb.
mcm dah outdated sikit beritanya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 12:48 PM | Show all posts
Ok baik. Sayang perbincangan hangat tak diketengahkan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2024 12:51 PM | Show all posts
x mengapa. sy x pikir poremer2 ci nk bincang hal ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.045785 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list