CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5621|Reply: 0

Verstappen gusar menjelang GP Kanada

[Copy link]
Post time 6-6-2024 11:47 AM | Show all posts |Read mode

VERSTAPPEN ketika beraksi di GP Monaco. -FOTO AFP

Monteral: Max Verstappen yang mendominasi perlumbaan di Montreal setahun lalu, berdepan pertarungan sengit untuk merangkul kemenangan ketiga berturut-turut di Grand Prix Kanada hujung minggu ini.

Terdapat tiga pemenang berbeza dalam tiga perlumbaan terakhir dan selepas memenangi 19 daripada 22 dalam Formula Satu (F1) musim lalu, juara dunia tiga kali dari Red Bull itu kini gagal memenangi tiga daripada enam yang terakhirnya.

Ironinya litar jalanan di bandar yang bermula dengan huruf M tidak membawa tuah kepadanya - Melbourne, Miami dan Monaco - dan Verstappen perlu menamatkan kemarau itu.

Ferrari pemenang di Australia menerusi Carlos Sainz dan Monaco dengan Charles Leclerc, akan menikmati peluang mereka di Montreal di litar yang dinamakan sempena nama mendiang hebat mereka Gilles Villeneuve.


Verstappen tidak pernah tewas dalam dua perlumbaan berturut-turut sejak Julai 2022, menang di Jepun selepas Australia dan di Imola selepas Miami, tetapi dia sedar kelemahannya di Monaco.

"Kami mengalami masalah ini sejak 2022, tetapi sudah tentu sejak dua tahun lalu kami mempunyai kelebihan kereta yang mana laluan berbonggol bukanlah halangan," kata Verstappen berkata di Monaco.

"Tetapi dengan semua orang mengejar, secara semula jadi apabila anda tidak meningkatkan titik terlemah anda, anda akan dipintas."

Namun rakan sepasukannya Sergio Perez, yang tersingkir daripada perlumbaan Monaco, mungkin mempunyai tonik terbaik untuk diraikan selepas Red Bull mengumumkan lanjutan kontrak dua tahunnya awal minggu ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... menjelang-gp-kanada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.063565 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list